Monday, October 26, 2009

Tabiat ketika mengandung

Alhamdulillah, hari ni genap 19 minggu usia kandungan aku.. dan yang paling penting ialah, morning sickness dah takde.. hari jumaat ni buat ultrasound yang pertama kat FMC. hehe, tak sabar rasanya nak tengok baby..moga-moga baby sihat dan sempurna sifatnya..amin..

Bila bercakap mengenai tabiat ketika mengandung ni kan, dulu-dulu masa sebelum kahwin dan sebelum mengandung, banyak diwar-warkan yang ibu mengandung ni jadi garang, bad mood dan sebagainya lah..even melalui pengalaman aku yang sendiri bila berdepan dengan orang yang sedang mengandung, memang aku sedari sedikit perubahan dari segi emosi mereka.. mungkin bagi sesetengah individu, perkara itu adalah biasa kerana perubahan hormon.. tapi melalui pengalaman aku sendiri, selama tempoh pregnant ini, aku rasa tiada perubahan pun dari segi emosi aku.. rasanya macam maintain je..kalo nak kata jadi garang and bad mood pun takde, tak marah pun tak tau macamana nak luahkan marah..pelik2..so jadi calm je lah macam biasa..tapi mungkin dari segi sensitiviti tu mungkin ada..kalo fikir benda sedih2, atau tengok benda sedih2 cepat je jadi sensitif..kengkadang sampai leh nangis..part2 jadi sensitif ni menjadi-jadi pulak bila tgh pregnant ni..

Kalo part makan tu istimewa sikit sebab aku memang berminat sangat pada ikan dan sotong sepanjang mengandung ni..kalo bab udang tu minta maaf ye, sebab sejak dulu memang tak makan udang especially udang yang besar2 kecuali udang kering..walaupun harga ikan mahal kat sini, terpaksa beli jugak sebab benda lain memang tak lalu nak jamah..kalo ikan tu memang berselera betul makan, tambah dua tiga kali pun takpe..kalo ayam tu ikut mood jugak, tapi most of the time memang tak boleh masuk ayam sebab dulu sebelum mengandung, boleh dikatakan hari2 makan ayam, tak tak boleh nak masuk dah..

Berkenaan tabiat pelik2 ni, setakat ni belum pernah alami lagi lah..ada sesetengah orang suka bau dettol, bau petrol, makan sabun dan macam2 lagi lah.. so far, aku belum alami lagi keinginan yang pelik2..hehe, nasib baik jugak..cuma mula-mula pregnant dulu, teringin sangat2 makan siput sedut. tu kira tak pelik sebab memang makanan yang orang selalu makan tapi masalahnya, kat aussie ni manalah ada orang jual siput sedut..dulu naya jugak nak tahan keinginan nak makan siput sedut..memang sampai sekarang masih belum jamah lagi siput sedut walaupun raya lepas balik mesia..sebab bila dah balik mesia, tiba2 tak teringin pulak nak makan siput sedut..

Harap2 sepanjang kehamilan ini, semua berjalan lancar dan semoga sentiasa sihat.. dan yang paling penting baby pun sihat..:)

Friday, September 4, 2009

Study, ramadhan, Malaysia

Alhamdulillah, kesihatan semakin baik sikit tapi morning sickness tu tetap ada.. cuma semalam ngan arini kena selsema la pulak..adui...baru nak rasa nikmat sihat
semalam 1st appointment ngan midwife kat flinders medical centre. Alhamdulillah, semuanya ok, cuma balik dari fmc je terus selsema..mohon jauh la dari H1N1, nauzubillah.. service kat fmc agak bagus jugak, midwife dia macam baik dan peramah..lepas dengar penerangan dari midwife, gi amik darah dan buat appointment for ultrsound..semuanya teratur..Alhamdulillah, Allah mudahkan semua urusan semalam, mungkin selsema tu hanya dugaan kecil dariNya..

Bercakap mengenai study, memang ni la yang paling merisaukan..bayangkanlah, dah banyak tinggalkan kerja sampai aku rasa supervisor pun dah bengang..tapi harap2 dia faham.. morning sickness aku memang teruk sangat even bau nasik pun boleh buat aku muntah, apatah lagi nak makan nasi..then nasi dah sebulan aku tak jamah..ada sampai satu tahap, baring je kat bilik sepanjang hari coz takleh keluar dari bilik, takde tenaga, muntah2 je.. makan pun tak menentu, ada hari boleh makan, ada yang tak boleh makan langsung, sampaikan turun berat badan few kilos sebulan..orang lain gain weight waktu pregnant tapi aku terbalik la pulak.. Hopefully by 2nd trimester, morning sickness sembuh..tak larat rasanya, many things happen, aku jadi sensitive kepada bau rumah, masakan, even bau udara kat luar rumah pun boleh buat aku muntah..

Ramadhan tahun ni memang sangat sederhana, sementelah aku jarang sekali boleh ke dapur, hubby hanya makan simple2 je.. kadang2 buka puasa dengan telur goreng je.. kesian hubby, sabar ye sayang, nanti atie dah boleh masak, atie masak best2 untuk abang.. aku bersyukur sangat sebab dikurniakan seorang suami yang sangat penyabar, masa aku terbaring je kat bilik, hubby sabar melayan setiap kehendak dan keperluan aku, walaupun kepenatan bila balik kerja, setiap permintaan aku tak pernah dihampakan, senyum je bila aku minta tolong.. love u so much sayang..

Terima kasih buat kawan2 yang tak putus-putus bertanya khabar dan melawat, bawak macam2 makanan..:) Raya tahun ni macam nak raya kat Malaysia je..tapi tengok dulu keadaan..ikut hati memang nak balik sangat, insyaAllah, kalau takde aral, boleh lah aku beraya kat Malaysia tahun ni..bestnye..


Saturday, August 15, 2009

Blog yang bersawang

Agak lama rasanya blog ini terbiar tanpa sebarang post baru.. keadaan ini banyak disumbangkan oleh tahap kesihatan aku yang agak tidak mengizinkan sekarang.. bukan sahaja nak memblog, even kerja2 yang berkaitan study pun terjejas teruk sejak dua minggu lalu..

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan harap2 segalanya akan berjalan lancar terutama kerja2 thesis yang agak lama terbiar..

Sebenarnya banyak nak tulis dalam post ni tapi tak larat la pulak..bila keadaan dah agak stabil aku kembali ke blog..

Thursday, July 23, 2009

Lawatan ke Parlimen South Australia


Ni la dia wakil rakyat kawasan tempat tinggal aku



Dalam dewan rakyat



Pintu masuk utama



Papan tanda la kot



Pandangan tepi parlimen


Semalam, aku ikut program anjuran jabatan aku di Flinders. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar international berkenaan sistem kerajaan di South Australia ni. Lawatan ke Parlimen South Australia yang terletak di city Adelaide. Seawal pagi kami perlu berkumpul di depan bangunan parlimen. Aku cam biasa, gi city naik bas ngan kak zatul.. bas punyalah padat tahap gaban, adui.. harap2 takde yang kene swine flu dalam bas tu..nasib baik aku ade seat coz masa naik dari umah, bas belum penuh lagi.

Setelah agak "menderita" di dalam bas, maka sampailah ke destinasi kami.. sampai2 posing2 dulu depan parlimen. :) Then, selepas semua student sampai, kami masuk melalui pintu utama..kawalan keselamatan cam biasa2 je..pastu siap boleh bawa kemera dalam dua dewan bersidang Senate dan House of Representative.

Yang bawa kami melawat kat dalam parlimen tu adalah ahli parlimen kawasan umah aku pulak tu..kira aku dah kenal la siapa wakil rakyat kawasan aku..orang dia mesra alam jugak, siap pesan, kalo ada ape2 masalah just call dia, dia boleh handle..wahwahwah, nak tarik undi ke..hehe, sori ler, i tak mengundi kat sini..

Yang paling best adalah peluang sekali seumur hidup dapat merasa duduk di kerusi senate dan wakil rakyat di kedua-dua dewan ni..bestnyer ku rasakan..orang Aussie kat sini pun belum tentu dapat peluang macam ni..

Wednesday, July 15, 2009

26th Birthday (15 July)










Hari ini, genap umur aku 26 tahun.. dah semakin tua aku rupanya..
semoga Allah permudahkan segala urusan aku di dunia dan akhirat, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dikelilingi oleh ahli keluarga, suami dan rakan-rakan yang dikasihi selalu..

Hari ni takde la buat majlis makan2 kat rumah..sebab terlalu sibuk menyiapkan keje-keje yang bertimbun2..cuma buat cheese cake dan ayam bakar untuk menu lunch merangkap private party with husband.. Terima kasih buat keluarga dan rakan-rakan yang wish birthday hari ni dan ada yang wish seawal minggu lepas, mungkin takut terlupa nak wish nanti, so wish la awal2..:) bijak..bijak

Terima kasih pada hubby kerana kejutan awal pagi tadi (at about 12am lebih)..hehe..
Tahun lepas (25th birthday) dapat 2 cake, 1 dari rakan ukm (ping,amrah dan clerance), speechless jadinya bila tiba2 masuk bilik, u all nyanyi lagu happy birthday with the lovely cake..hehe, kejutan yang kedua dari hubby and akak aku, kat umah, bila baru balik keje..ni pun speechless jugak coz diaorang buat muka cam takde perasaan je mula-mula nak buat suprise tu..again, thankx for the lovely cake..tahun ni, suprise cake takde, coz buat cake sendiri..hehe, nak suprise kan diri sendiri boleh ke??kwangkwangkwang...

Thursday, July 9, 2009

Muhasabah cinta

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Lagu ni nyanyian kumpulan dari Indonesia..EdCoustic (Muhasabah cinta).. At first dengar lagu nih dari blog kak husna..then macam syahdu betul dengar lagu nih..

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Transformers?? ok la..

Selasa lepas, berkesempatan gi tengok transformers kat marion shopping centre.. kami berlima, (aku,hubby, kak husna selalu ketua rombangan, isma dan amirul). Pada hari yang sama juga, kak eta (lecturer from UKM) ada disini kerana menghadiri conference di flinders. Maka, dah jadi tanggungjawab aku membawa kak eta round2 kawasan.. at about 12 pm kak eta call, at that time aku ada kat lab, terus rush ke education faculty untuk amik kak eta, then bawa kak eta ke 24 hours lab, kebetulan dapat jumpa kak husna, kak suzie, amirul and nazri.. :)

Then, bawa kak eta lunch kat umah aku, tomyam lagi..huhu, tapi bukan tomyam kanggaroo la..ayam je..then lokasi seterusnya, bawa kak eta jalan2 kat marion shopping centre, sambil jalan boleh shopping..huhu, bernas tak idea aku??..idea yang boleh menipiskan poket orang huhu.. kak eta ingat nak cari beg, then aku bawa ke kedai beg, tapi kak eta kata takde jenama pulak..then aku bawak satu kedai beg Guess..hehe sampai kak eta cakap,"ko biar betul atie".."ada beg sampai 600+ AUD", kalo convert duit ringgit mau demam nak bayar..haha.. salah kedai la pulak..

berbalik ke cerita transformers tu, sepatutnya movie start kul 6.20pm, tapi aku dan hubby terlewat pulak sampai coz anta kak eta kat city..kesian kat amirul, kena tunggu kitaorang kat entrance coz tiket kami ade kat kak husna..adalah dalam 30 minit amirul tunggu..nasib baik dia okey je..tak moody plak..

sampai2 dah 20 minit start kot..tapi ok jugak la..first time tengok movie kat cinema in adelaide.. cite transformers pun kira ok jugak la..ade part2 yang best and vise versa..

next time nak plan lagi tengok wayang ramai2 ni..best..

Tuesday, June 30, 2009

Mengapa perlu ada benci dan cemburu

Kitaran roda kehidupan..hidup seakan ligat berputar, dan usia bukan semakin muda, dalam hati perlukah ada perasaan benci dan cemburu?? bukankan ia hanya memburukkan lagi segala penyakit hati yang telah lama bermukim di hati masing-masing.. manusia, manusia..

mungkin tidak bersyukur atas segala anugerah yang telah Allah kurniaan sehinggakan lupa akan segala nikmat didepan mata tatkala cemburukan nikmat yang Allah kurniakan pada insan yang lebih memerlukan..

Aku tertanya-tanya, perlukah perasaan itu mengungguli hati dan naluri manusia sedangkan setiap orang ada rezeki masing-masing dan tak perlulah mempersoalkan kenapa seseorang itu mendapat lebih dari yang Allah kurniakan padanya..

Benci dan cemburu memakan hati..kosongkan jiwa darinya kerana percayalah, penyakit hati ini akan bertambah parah andai kita alpa dalam mensyukuri nikmat Allah..

p/s: Aku hanya hamba Allah yang lemah yang sentiasa mengharapkan belas dan kasih dari Allah..Moga kita semua sentiasa dilindungi Allah selamanya..titipan diatas hanyalah kata-kata dari aku dan sekadar untuk muhasabah diri ini..agar tidak termasuk dalam kelompok manusia yang mempunyai sifat mazmumah

Ayam TERgolek



Nyum nyum





Menu dinner semalam, ayam bakar special (nak jugak taruk perkataan 'special' sebab tak penah masak sekor camni..kira special la kan??..huhu, makan dua orang je tapi masak sampai seekor ayam..ish ish ish..

Sebenarnya masak ayam bakar ni takde sempena ape2 pun, cuma sempena meraikan perut masing2 yang kelaparan..:)

Pastu, awal2 pagi semalam Gita, (jiran sebelah umah) bagi chocolate cheese cake...wahwahwah, sedap tu..breakfast cheese cake lagi.. thanks gita for the lovely yummy cheese cake.. we love it so much..its so creamy yummy..:)

Tuesday, June 23, 2009

Cheese cake dan sakit lama kembali

Semalam teringat pulak nak makan cheese cake untuk buka puasa. So, lepas beli barang barang keperluan di Foodland, pinjam mixer jiran dan bermulalah operasi cheese cake. Nak buat nyer agak mudah rupanya, selama ni ingatkan susah benor nak buat. Survey2 resepi kat internet dan start buat.. aku buat Cheese cake coklat chip..nyum nyum..hasilnya memang sedap dong (poyo je bunyi, puji diri sendiri..kwangkwangkwang)...kira ok lah, first trial..bagi chan la puji diri sikit..hahaha.

Sambil tunggu buka puasa dalam pukul 5.12pm, aku buat keje2 sampingan yang lain..tapi dalam kul 4 lebih badan dah rasa lain macam, pening kepala tahap tak hengat..nak muntah, loya, perut rasa macam pulas2, pedih perut.. Ya Allah, sakit gastrik datang lagi..aku memang dari sekolah lagi ada gastrik..kalo lambat makan sikit, mulalah pening lah, pedih perut la, nak muntah la..sampai klinik kat umah tu dan klinik kat uni dulu jadi port biasa aku amik ubat gastrik..kalo muka aku sampai kat klinik je, takde sakit lain la..kadang2 je sakit mcm flu atau fever.

Rasa macam nak buka puasa terus je coz nak makan ubat tak tahan sangat..tapi hubby kata sabar, sekejap lagi nak buka.. dalam kesakitan tu, aku solat asar sampai menggigil tahan sakit..duduk kat sejadah sampai la waktu maghrib, lepas je maghrib, aku buka puasa dengan ubat dan air. Solat maghrib pun sambil tahan sakit..then lepas je abis solat, buka telekung terus ke toilet muntah..teruk sangat sakitnya..Ya Allah, besar betul dugaan hari ni.. tapi alhamdulillah, dapat jugak aku puasa hani ini.

Lepas tu tak selera nak jamah makanan langsung, tapi kena makan something kalo tak, makin teruk sakit ni..then jamah sikit nasi dan makan ubat lagi..lepas tu muntah lagi..sampai lembik jadinya..hubby not around coz keje, so sorang2 tanggung sakit..sampai hubby balik tengok aku sakit lagi, kesian hubby, balik keje penat2 kene pulak urut aku..lepas urut dan makan ubat, Alhamdulillah, lega sikit..sampai tertidur, at about 2am, hubby kejutkan untuk solat Isyak..waktu tu sakit dah lega..syukur, alhamdulillah..

Monday, June 15, 2009

Ice skating di Ice Arena dan Masjid di Adelaide



Lorong ke Masjid di Little Gilbert Street



Pintu gerbang masjid




Jalan ke masjid yang dikelilingi rumah yang cute




Masjid ini dipercayai yang tertua didirikan secara kekal di Australia



Jalan ke Masjid



Ice Arena


Hari ahad lepas, kami berkesempatan meluangkan masa beriadah dan berjalan-jalan.. :)
Destinasi pertama kami adalah Ice Arena tapi kami tiba agak awal, jadi sambil menunggu tempat ni dibuka jam 12.30pm, kami ke city jalan2..sambil cari tempat nak solat zohor.. aku teringin nak ke masjid di city, so kami ke masjid Little Gilbert St yang mana dipercayai masjid yang tertua di Australia..tapi sayangnya,mungkin kami tiba awal, masjid masih belum dibuka..kami tunggu sehingga hampir waktu zohor, tapi nampak gaya macam masjid tak dibuka..agak janggal rasanya bila berada di depan masjid tapi segalanya dikunci..mungkin atas dasar keselamatan..aku kurang pasti, bila agaknya masjid ini dibuka, maka kami pun bergerak ke Uni Adelaide untuk ke surau di sana..

Dari city, kami bergerak balik ke Ice Arena yang mana menyediakan ice skating field.. pengalaman pertama ber ice skating..masa mula2 menjejakkan kaki di atas ice tu, rasa macam nak jatuh, nasib baik sempat berpaut pada dinding kalo tak alamat jadi nangka busuk la aku..:) sepanjang berskating, memang aku berjaya control supaya tak jatuh..hehe, berjaya akhirnya, tapi kesian kat hubby, jatuh sekali bedebukk..nasib baik tak sakit..pengalaman yang best dan menyihatkan, main ice skating pun boleh berpeluh..huhu

Lunch di Mekong Thai (Kanggaroo* paprik)


Chicken tom yam yang best




Paprik kanggaroo yang best jugak




Minggu lepas, kami berlapan (aku, hubby, kak husna, rozi, kak suzi, nadia, amirul dan isma) talah menyempurnakan hajat masing2 untuk pekena daging kanggaroo.. Mekong thai adalah restoran yang menyediakan masakan melayu dan thai (halal), so, kami bersemangat waja ke sana..

Interior restoran agak menarik dan terletak betul2 berhadapan dengan Holiday Inn Adelaide di city..kami bergerak dari uni lepas solat zohor..hampir2 terlepas bas, nasib baik pakcik bas berhentikan bas tu lepas rozi tahan tepi jalan..hehe, tahniah rozi..:)

So apabila membuat perbincangan, maka diputuskan, menu untuk lunch hari itu adalah chicken tomyam dan kanggaroo paprik..hehe, best best..:) Harga per person untuk tomyam adalah $7.50 dan untuk paprik adalah $16.50 sepinggan.. ok jugak la harganya..share 8 orang...sorang $10.10 je..:)

Lepas je menu sampai, masing2 begitu kusyuk menikmati santapan yang menyelerakan..maklumlah, perut pun dan bernyanyi, apa lagi, memang kitaorang pulun betul..:)

Alhamdulillah, dapat jugak aku dan kawan2 yang lain pekena daging kanggaroo ni, first time kami dapat rase..next time boleh rasa menu lain pulak kat mekong thai..

Thursday, June 11, 2009

Ronda-ronda sempena Queen's Birthday


Kilang coklat Melba



The Rocking Horse



Adelaide Hill Tourism Centre



Papan tanda Adelaide Hill



Ladang anggur yang dah kering



Whispering wall


Tempat nak cakap kat sini



Kawasan Barossa Dam



Barossa Dam



Mercu tanda


Last monday merupakan cuti umum di sini sempena Queen's Birthday..
maka dengan itu, dapat la aku berjalan dan meronda menenangkan sedikit fikiran.
So plan pada hari tu, kami bertiga, aku and husband and kawan baru dari Malaysia, faizul..
Faizul bukanlah pelajar di sini tapi bekerja dan sedang berusaha untuk mendapat taraf PR di sini.
Jadi, pemandu pelancong pada hari itu ialah faizul since tempat yang kami nak pergi tu, dia dah pernah lawat sebelum ni and additionally dia ade GPS dalam iphone dia, so senang sikit nak cari jalan..

Then pagi tu, as early as 7.30am, kami dah bertolak dari umah kami di Pasadena ke Elizabeth untuk amik faizul..jaraknya agak jauh, dalam 45 minit perjalanan..then kami ke destinasi pertama iaitu Whispering Wall.

Whispering wall adalah sebahagian dari kawasan tadahan air yang terletak di Barossa. Memang ceruk sangat tempat nih..awal pagi macam ni, masih belum ramai pengunjung, hanya ada 2 buah kereta termasuk kereta kami.. Sejarah pembinaan Barossa Dam ini bermula pada hujung tahun 1890an dan siap pada 1903. Tempat ini sanagt istimewa sebab pada waktu itu, jurutera yang terlibat dapat membina kawasan yang sebegini besar dan yang paling unik adalah whispering wall.. dinding yang menjadi benteng dam ini boleh digunakan sebagai alat telekomunikasi..anda hanya berlu berbisik tanpa perlu bercakap kuat dan ia dapat didengari dengan sangat jelas di sebelah hujung dam itu..best betul, kebetulan, masa aku sibuk amik gambo, ada sorang nenek tengah duduk kat the other side of the dam dan dia panggil aku untuk borak ngan dia menggunakan whispering wall tu..hehe, memang best..testing yang kedua ngan hubby pulak, one at this side and another one at the other side, bentuk wall tu melengkung, dan jarak antara kedua2 hujung wall tu dalam ratusan meter jugak..

Lokasi yang seterusnya adalah Adelaide Hill Business and Tourism Centre..tempat ini terletak di Lobethal (kawasan pekan kecil yang sangat cantik dan saujana mata memandang). Kami singgah disini sekejap dan jenguk-jenguk apa yang ada..rasa penduduk kat sini kebanyakannya bekerja sendiri dan involve dalam aktiviti pertanian..then kami bergerak ke lokasi seterusnya, sepanjang perjalanan, memang amat mengasyikkan, pemandangan yang hijau dan ditambanh dengan haiwan seperti ilama, biri-biri dan lembu yang cute2 tengah makan rumput kat kawasan padang yang luas..

Kemudian kami menuju ke destinasi kedua, Melba Chocolate yang terletak di Adelaide Hill. Kilang Melba ni menghasilkan coklat dan kebanyakan bahannya halal..so kami pun beli beberapa jenis coklat yang nampak macam best je..one of the coklat yang aku tak pernah rasa sebelum ini ialah biji kopi yang disalut dengan coklat..rasanya sedap sebab biji kopi tu sanagt rangup dan bila disalut coklat, rasanya blend together ngan coklat yang lemak berkrim tu...Dapat jugak tengok mesin2 traditional yang digunakan untuk menghasilkan coklat..

Lokasi seterusnya adalah kilang cheese yang terletak bersebelahan ngan kilang coklat tadi.. tapi cam tak best sangat pun.. cheese pun macam tak banyak pilihan..so, kami tak beli apa2 dari kilang cheese ni..:)

Tempat persinggahan kami yang terakhir ialah the Rocking Horse..tempat ini terletaknya biggest toy factory, mini zoo (adalah segala macam haiwan like kanggaroo dan lain-lain) dan rocking horse yang bagaklah besarnya..Lepas agak-agak puas lepak-lepak kat situ, kami pun bersiap untuk balik..puas betul berjalan hari tu..








Dapat jugak akhirnya makan petai


Hasilnya..panas lagi nih




menu for dinner



Jumlah petai dalam satu tin banyak ni ler



tadaaa...ni la petai tin tuu..

Aku memang penggemar makanan ala kampung ni..nak dijadikan cite, masa gi beli barang umah kat asian grocery, ternampak la pulak petai dalam tin..best ni.. apa lagi, malam tu jugak masak petai tu, buat sambal ikan bilis petai..nyum nyum..

menu for dinner, nasi goreng kampung, telur mata kerbau, salad dan sambal petai..
puas betul dapat pekena petai akhirnya..

Wednesday, May 27, 2009

Tagologika

1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
Both of my parents


2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
few weeks ago

3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
yup

4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAT?
Chicken black pepper


5. DO YOU HAVE KIDS?
nope


6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
yeah


7. DO YOU USE SARCASM?
sometimes

8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
nope


9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?
not sure


10. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
cornflakes


11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
yea, sometimes

13. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
vanilla and chocolate

14. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
their eyes


15. RED OR PINK?
both


16. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
get myself lazy and crazy at the unpredictable circumstances


17. WHO DO YOU MISS THE MOST?
Family and friends back in malaysia


18. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
if they want to.

19. WHAT COLOUR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
colourful pants without shoes, coz i'm at home


21. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
sounds of birds


22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
pink


23. FAVOURITE SMELLS?
flower


24. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
dalilah


25. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
Yup, lovely kak husna


26. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
i have no idea about it


27. HAIR COLOUR?
black


28. EYE COLOUR?
black and some say dark brown

29. DO YOU WEAR CONTACTS?
Yep


30 FAVOURITE FOOD?
nasi kerabu, asam pedas
, any masakan kampung yang pedas

31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
happy ending


32. LAST MOVIE YOU WATCHED?
forgot already..too many


33. WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING?
black


34. SUMMER OR WINTER?
summer, coz i can't stand with the cold weather


35. HUGS OR KISSES?
both


36. FAVOURITE DESSERT?
smooties (hubby made)


37. MOST LIKELY TO RESPOND?
oo, ye ke


38. LEAST LIKELY TO RESPOND?
???

39. WHAT BOOK ARE YOU READING?
e-government

40. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
my Mouse


41. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
i did't watch tv last nite

42. FAVOURITE SOUND(S)?
any sound that makes me calm and relax

43. ROLLING STONES OR BEATLES?
None of them


44. WHAT IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
Adelaide


45. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
no idea
, probably

46. WHERE WERE YOU BORN?
Kajang


47. WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK?
kak husna (boleh ke buat 2 kali?)hehe, kak suzi, rozi, ping, amrah, kak ju, asiah dan sesiapa yang rasa nak kena tag.. :)


and therefore, there peeps are tagged hehehehe

Tag Tig Tog (I was tagged by kak husna) hehe

1. Bekas kekasih saya adalah :
- tiada jawapan

2. Saya sedang mendengar :
- bunyi burung-burung yang sangat cute berkicau di luar rumah

3. Mungkin saya patut:
- jadi lebih rajin dan ada hala tuju yang lebih jelas

4. Saya suka :
- memasak

5.Sahabat-sahabat baik saya :
- suami tersayang, mak, kakak dan para sahabat yang banyak menyokong di kala susah dan senang (you know who you are)...

6.Saya tak paham :
- kenapa orang Australia ni perlu jadi racist. Mereka ni macam duduk dalam gua, tak nak terima kenyataan bahawa dunia ni colorful dan didiami oleh macam2 bangsa. Dia ingat orang Aussie ni bagus sangat ke???ingat dia kulit putih ni bagus dari yang kulit coklat atau gelap?? aku tak paham betul ngan orang Aussie yang perasan nih..

7.Saya kehilangan :
- semangat waja yang disemai dulu..maka amat perlulah semangat itu dikuatkan semula terutamanya berkaitan study

8.Ramai yang berkata :
- bestnya atie dapat study kat oversea.. alhamdulillah

9.Makna nama saya :
- masih mencari makna nama sendiri

10.Cinta itu adalah:
- anugerah dari Allah

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
- pening

12.Saya akan cuba :
- menamatkan pengajian pada July 2012

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
- sampai bila-bila

14.Telefon bimbit saya :
- rosak skrin dia..ciss, harga nak baiki lebih mahal dari beli yang baru..

15.Bila saya terjaga dari tidur :
- selalu blur

16.Saya paling meluat apabila :
- tengok orang kat sini pandang semacam kat aku...apa??? tak penah tengok orang ke?? kalo rase pelik, kau pegi duduk dalam hutan laa..tak payah jumpa orang..kawan dengan orang utan.. (kesian orang utan, jadi mangsa)hehe

17.Pesta/Parti adalah :
- makan-makan time

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
- itik kat flinders lake..cute je tengok dia jalan


19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
- sekarang sebab, banyak sebab

20.Hari ini :
- Landlord nak datang umah..aku memang tension kalo dia nak datang..kenapa dia suka datang umah aku..selama aku duk sini 5 bulan, dah 6 kali agaknya dia datang..pastu masuk umah pakai kasut..aku dah cakap pun dia buat tak tau..last2 aku buat notis besar2 tampal kat depan umah aku, karang dia sampai biar dia baca..padan muka kau

21.Malam ini saya akan :
- sambung buat literature review yang banyak tu

22.Esok pula saya akan :
- ke uni..buat la apa2 yang patut

23.Saya betul-betul inginkan :
- percutian ke new zealand..ada sesiapa yang sudi menaja??hehe

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
- uiihh..dahsyat tul fesyen rambut aku nih..tiada di pasaran

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
- sangat best

26.Makanan Barat atau Jepun :
- dua-dua pun layan

27.Bilik yang terang atau gelap :
- yang terang di waktu pagi dan gelap di waktu malam

28.Makanan segera adalah :
- perlu di kala waktu-waktu tertentu

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
- I love you

30.Siapa yang anda nak Tag?
- kak husna (tapi kak husna dah buat), kak suzi, rozi, ping, amrah, kak ju, asiah dan sesiapa yang merasa diri mereka wajar di tag..

Saturday, May 23, 2009

How much have you changed in 15 years

***15 YEARS AGO (1994)***

1) How old were you?
11


2) Who were you dating?
Nobody


4) Where did you live?
Setapak, KL


6) Did you wear contacts and/or glasses?
No


7) Who were your best friends?
My mom, sis and siti

8) How many tattoos did you have?
No Tattoo


9) How many piercings did you have?
2, at both of my ears


10) What kind of car did you drive?
I didn't drive yet.


11) Had you been to a real party?
birthday parties


12) Had you had your heart broken?
Nope


13) Were you Single/taken/Married/Divorced?
Single


14) Any Kids?
Nope



***10 YEARS AGO (1999)***

1) How old were you?
16

2) Who were you dating?
Nobody.

3) Where did you work?
I was in form 4

4) Where did you live?
Setapak, KL

5) Where did you hang out?
Jaya Jusco Wangsa Maju.. :)

7) Who were your best friends?
My mom, sis, shikin, mar, fizah, sakinah

8) How many tattoos did you have?
None

9) How many piercings did you have?
2, at the same spot as before

10) What kind of car did you drive?
I don't drive, no licence

11) Had your heart broken?
Nope

12) Were you Single/Taken/Married/Divorced?
Single

13) Any Kids?


****TODAY (2009)****

1) Age?
26

2) Where do you work?
I'm working with UKM and at da same time, I'm full time student

3) Where do you live?
Adelaide

4) Who are you dating?
My hubby :)

5) Who are your closest friends?
My hubby, mom, sis, shikin, nad, azah, mar

6) Do you talk to your old friends?
Sometimes..

7) How many piercings do you have?
still at da same spot, my ears

8) How many tattoos?
Nope

9) What kind of car do you have?
Ford falcon

10) Had your heart broken?
Nope

11) How many kids?
Nope

12) Are you Single/Taken/Married/Divorce?
Married to a lovely husband

13) Contact or Glasses?
Both


REPOST AS "HOW MUCH HAVE YOU CHANGED IN 15 YEARS" and TAG 15 peeps you know

Friday, May 22, 2009

Petang-petang begini....

Sambil-sambil browsing online shops, cuti mata je , window online shopping.. terdengar pulak lagu best..macam kisah zaman bercinta pulak..tapi memang best pulak layan jiwa petang-petang camni.. lagu ni menusuk kalbu betul..:) kalo tak caya, cuba dengar..

Aku ingin Kamu
Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Antara Cinta dan Kasih
Get this widget | Track details | eSnips Social DNA



link di bawah adalah few online shop yang aku rasa menarik untuk dikunjungi..

http://prettyboulevard.blogspot.com/

http://bulan-luna.blogspot.com/

http://bemycupcakehouse.blogspot.com/

http://urban-muslimah.blogspot.com/

http://c-chantique.blogspot.com/

Wednesday, May 20, 2009

My first Rendang Ayam



My first rendang ayam




Rendang...in da making



Untuk lunch hari ni..macam terlebih rajin pulak nak masak rendang..seriously, aku memang tak pernah masak rendang secara solo ni..selalunya kalo mak aku masak, aku tolong kacau je, paling tak pun, tolong rase.. so, dikerajinan ini, maka bermulalah episod rendang merendang ni..

Oleh kerana agak kureng pengalaman berkenaan rendang ni, maka aku search kat internet dulu, for the recipe.. then bermulalah keje2 aku di dapur.. aku terpaksa menggunakan instant rendang untuk menambahkan rase sebab aku kekurangan bahan mentah.. tapi bahan2 lain macam serai, bawang, garlic, ginger,cili tu aku guna yang asli lagi..tambah pulak ngan kerisik, serbuk kunyit sikit dan asam jawa

Mula-mula tengok macam tak begitu menjadi..then masa masak tu..tambah tu tambah ni, baru la nampak menjadi rendangnye.. huhu, finally..

Hubby balik for lunch dari tempat placement dia..bila aku cakap aku masak rendang, terkezut pulak jadinya..mana taknye, tak penah aku masak rendang sebelum ni..:) masa first hubby rase, hehe, komennye "sedapnya atie masak, nanti balik nak makan lagi"..huhu, memang berbaloi masak rendang hari ni.. :)

Sup salmon




Beberapa hari lepas, aku terpikir apa agaknya menu untuk dinner.. then teringat aku ade beli sepotong salmon kat marion few days back.. aku pun cam rase nak makan sup salmon.. tak penah pon ikan salmon ni aku buat sup, saje je nak rase.. maka bermulalah project masak memasak di dapur.. for you info, harga ikan di adelaide ni bapaklah mahal.. harga ikan salmon sepotong tu dalam $6-7 dollar. Tu yang menyebabkan kami jarang makan ikan..bukan saje ikan, aku rasa segala bentuk mak nenek seafood kat sini memang mahal..

Harga ayam dan daging jauh lebih murah..contohnya, harga twin pack ayam (2 ekor) baru $9.90 dollar. Yang tu menyumbang ke arah aku consume terlalu banyak ayam dan daging.. Untuk mengelakkan kolestrol berlebihan, maka ayam-ayam tu aku buang kulit dulu..tinggal lah ayam togel tanpa kulit..demi kesihatan..

Untuk masak sup salmon ni, aku guna resepi biasa macam masak sup ayam..sebab takde rempah sup bunjut untuk ikan..campur la carrot, seleri ngan kentang.. :) hidangan dinner dah siap..masa untuk merasa pulak.. kira boleh tahan jugak lah.. tapi aku rase kalo nak buat sup ni lagi sedap kalo guna ikan merah.. sebelum ni ikan salmon ni aku buat masak sambal cili api..dan rasenya lebih sedap buat sambal dari buat sup ni..tapi kesimpulannya boleh tahan jugak lah sup salmon ni.. :)


I'm not good enough........in time management

Aku rasa sekarang ni aku macam tak berdisiplin tahap kritikal..aku selalu leka dengan macam2 perkara..instead of bagi priority kat study, aku macam lebih suka buat keje2 lain like tgk movies, surfing internet dan lain2 lagi lah.. keje2 yang berkaitan ngan study macam lambat je aku nak siapkan..isshhh..kenapa lah aku ni teruk sgt sekarang.. sampaikan ade satu tahap, hubby tegur, kata "atie buat la keje, kata nak balik m'sia cepat2.." betul kata hubby, kalo aku terus buat perangai tak baik camne alamat lambat la aku abis study..

Memang aku sedar, when dealing dengan research work ni, sebenarnya kita yang perlu menggerakkan diri kita..lagi cepat kita buat, lagi cepat kita habis.. tapi lately, penyakit kemalasan yang kronik macam menguasai diri aku ni...aku kene buang cepat2 sikap negatif ni..

As compared with my hubby, aku rase he's much much much better than me.. sejak berkahwin dulu sampai sekarang..hubby is kind yang teratur dan berdisiplin especially when talking about his work.. bukan macam aku yang banyak main-main dari segala segi.. from the very basic thing like bangun pagi.. hubby is the one yang akan bangun pagi much much earlier dari aku.. selalunya lepas hubby bangun, take a shower than perform subuh baru aku tersedar dari tidur yang enak itu.. itu pun lepas aku dengar hubby lembut kejutkan aku dari tidur yang best tu.. then baru la aku kelam kabut bangun untuk perform subuh..isshhh aku ni patut malu ngan hubby..and one more thing is, hubby tak suka tangguh2 keje..different from me yang selalu cakap, "esok je lah" then, dah sampai esok cakap lagi "esok je lah".. tu la perangai aku sekarang..

Aku ni memang kena muhasabah balik diri aku.. dan kata2 yang aku rasa boleh motivate diri aku ni ialah "cepat2 abiskan thesis..boleh balik m'sia cepat2, pastu takyah pikir pasal study lagi" and yang paling basic ialah, betulkan balik time management aku yang tunggang langgang tu.. :) wish me luck.



Monday, May 18, 2009

Bubur kacang hijau

Semalam aku dah janji ngan hubby nak masak bubur kacang hijau.. memang hubby suka sangat makan bubur tu..sejak zaman bercintan dulu hubby dah bagitau kesukaan dia tu.. so, aku sedia maklumlah.. masa gi beli barang2 dapur, tiba2 hubby jinjing kacang hijau..katanya teringin nak makan bubur kacang.. alahai kesian pulak aku dengar.. aku memang tak pandai nak masak jenis2 bubur ni..pernah sekali je aku try masak bubur kacang tapi tak jadi.. :(

Then hari ni aku try untuk masak lagi (semasa post ni ditulis, aku sebenarnya tengah masak bubur kacang hijau).. sebab dah janji nak masak semalam.. harap2 percubaan kedua ni jadi.. aku memang akan cuba masak whatever masakan yang hubby rasa nak makan cuma ikut kesesuaian masa je.. tak sampai hati rasenya nak tolak.

Kalau cakap pasal kacang hijau ni, aku suka makan kuih kasturi (yang dibuat dari kacang hijau dan digoreng dengan tepung..cam buat goreng pisang tu)pehh.. memang best..

Ok..aku kene jaga bubur yang tengah masak kat dapur tu..kang jadi lain plak..:)

Monday, May 11, 2009

Keje yang belum siap-siap






Sadis je masa nak tulis post ni..penat sangat hari ni.. sambil memerah otak menyiapkan draft literature review yang kene submit esok.. sambil dengar lagu sedih dari aisyah (tiada lagi tangisan).. ohhh yeaa, kalo nak dengar, sila lah click button play kat atas ni..

Toooooo tired..memang penat sangat hari ni.. seriously, macam takde daya nak tahan mata dari tidur tapi kene siapkan jugak keje..esok dah kene submit..banyak sih.. sekarang dah pukul 12 lebih..dah lebih 16 jam mengadap notes, article, laptop and messy desk non stop since this morning..lepas subuh and breakfast terus buat keje.. ade banyak lagi nak kene buat.. sabo je la..

Sambil busy buat keje,sempat plak write something to this blog..just wanna find a way to release by blocking mind..esok ade keje lain pulak..on wednesday, ade meeting ngan supervisor.. hopefully, everything is going to be ok..

I'm addict to nescafe today..rasenya dari pagi tadi dah 5 cups..ish ish ish.. ape nak jadi ni.. esok kene puasa nescafe..and probably seminggu. Ok la..i've to get back to work, make sure its finish and go to bed as soon as possible (most probably, it looks like i'm not going to sleep tonite coz lots of works still waiting to be finished).. takpe la..nak buat camne..nama pun student.. redho je la..

i so tired it be real long day
see more Lolcats and funny pictures

Walimatulurus di Adelaide


Mari tengok silat



Sabar menunggu pengantin



Silat dari Amirul



Ketibaan pasangan pengantin



Persembahan silat



Semalam, kami menghadiri majlis perkahwinan 3 pasangan pelajar Malaysia di Adelaide..
Ini merupakan kali pertama aku menghadiri majlis perkahwinan di sini.. yang lebih istimewa, majlis ini meraikan bukan 1 pasangan malah 3 pasangan pelajar ini..ketiga-tiga pasangan ini merupakan pelajar undergrade..mereka sebelum ini sudah selamat diijabkabulkan di Malaysia.

Alhamdulillah, dah sampai seru, walaupun sibuk dengan study tapi bila dah sampai seru mendirikan masjid, memang kita tak boleh elak.. :)

Majlis diadakan di Windsor Gardens dan dihadiri oleh pelajar dari 3 uni di Adelaide ni.. ramai juga PR yang menghadiri majlis ini..walaupun sederhana tapi meriah.. majlis diserikan lagi dengan persembahan silat dan nasyid.

Semoga bahagia hingga ke anak cucu dan cicit..Moga dimurahkan rezeki dah dilindungi Allah selamanya..amin

Bercakap berkenaan rezeki ni, memang tak dapat dinafikan, rezeki selepas berkahwin lebih murah..Aku pun dapat merasakan yang rezeki semakin murah selepas aku mendirikan rumah tangga..dan perkara yang sama hubby aku rasa.. aku percaya bahawa rezeki itu datang dari Allah, dan aku percaya, setiap perkahwinan itu ada rezeki dari Allah disebaliknya..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selamat Hari Ibu

10 May 2009, adalah sambutan hari ibu..
Selamat HARI IBU buat semua kaum ibu diseluruh dunia..
Terutamanya bonda aku yang tersayang..:)
Luv u so much mak..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, May 8, 2009

Ana MUSLIM


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Pagi tadi, sebelum hubby off to class, hubby cerita pasal kelas dia.. dan satu cerita yang mengejutkan pagi ni ialah apabila hubby disalahertikan sebagai beragama buddha.. aku pun terkejut ngan cerita hubby.. trainer yang mengajar adalah Jo dan dia adalah seorang yahudi.. dia tanya kat hubby, adakah hubby aku ni beragama buddha, then hubby cakap yang dia adalah beragama ISLAM... tak tau lah camne keluar plak issue agama kat kelas dia.. tapi hubby kata, secara mata kasarnya, jo nampak ok, takde pulak sikap bias.. dulu ada sorang lecturer ni pernah cerita, masa dia sambung study kat uk, salah satu subject dia, diajar oleh orang yahudi, memang teruk dia kata, lecturer dia memang benci kat orang islam.. kalo performance macam mana bestpun, kalo yang beragama Islam.. jangan harap la nak score paper dia.. tapi, jo looks ok..

Kat komuniti aku sekarang memang agak ramai orang yahudi, tapi aku masih tak dapat nak bezakan antara orang yahudi dan kristian di sini.. bagi aku diaorang ni macam sama je..

Apapun, aku mohon agar Allah sentiasa selamatkan aku, hubby dan kawan-kawan disini dari segala kecelakaan dan masalah..moga dijauhkan dari segala musibah..amin

Seribu Impian

Masa on da way nak gi mumbai village ngan kak husna n rozi, tiba2 je dengar lagu seribu impian.. dalam keta amirul ade plak cd malay song..lagu lagu pun agak jiwang karat.. (uiihh,harap2 amirul tak baca post ni, kalo tak abis kene silat siam) huhu

Tapi best dengar lagu lagu jiwang ni..sesekali nak layan, lagu seribu impian ni lagu feveret aku masa sekolah dulu..pastu, bila dengar balik macam cute pulak suara casey ni.. kalo tak caya, cuba dengar lagu nih..layan..

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Tuesday, May 5, 2009

Cerita cekodok

Ade yang panggil jemput-jemput, ade yang panggil cucur, tapi aku panggil cekodok..hehe
Dua hari lepas ngan semalam rajin la pulak masak cekodok..teringat cerita cekodok ni, masa dalam kelas, kawan aku dari indonesia bawa cekodok gi kelas, dia bagi aku rase, memang sedap... aku kata ngan dia "kat m'sia pun ade kuih ini, kami panggil cekodok", kawan aku ni tergelak la macam nak rak.. dia balas "kenapa panggil cekodok, seperti kodok bunyinya"..dia refer pada spesis katak la plak..hehe, aku sengih je..

Dua hari lepas masak cekodok ikan bilis+kentang+carrot+bawang goreng..cicah ngan sambal ikan bilis... bawa bekal untuk lunch kat uni..huhu, sesekali masak cekodok ni sedap la pulak.. teringat nostalgia dulu, kakak aku suka masak cekodok untuk minum petang, selalu aku yang request yang special.. bukan la special sangat pun, just masak lebih garing sikit je..

Semalam masak cekodok lagi..kawan hubby datang umah, masa tu aku tengah study so tak sempat nak masak best2..at the end masak cekodok jugak untuk minum petang.. tapi cekodok semalam tak pernah pun aku buat selama ni..ye lah, kalo kat m'sia tu boleh gak buat cekodok pisang, tapi bekalan pisang dah abis, yang ade buah epal..huhu, apelagi, aku pun mencipta resepi baru on da spot je..huhu.. cekodok epal+kelapa+esen vanila..nak manis, aku tambah gula sikit and telur untuk bagi lagi best..maka tercipta lah cekodok western style + asia style (coz ade kelapa)... macam sedap plak resepi baru nih..

Dulu kat m'sia, ada betik lebih aku beli kat pasar malam, tak abis2 betik tu, dok statik je dalam peti ais..so aku pun rase cam nak masak something guna betik tu..last-last aku buat cekodok betik..sound funny je kan.., sebab betik tu dah ranum, so aku bancuh cekodok macam buat cekodok pisang jugak, isi betik tu pun lembut..hasilnya sedap jugak.. akak aku siap bawa bekal pegi ofis dia.., kengkawan dia pun dapat la rasa cekodok betik tu..dan yang paling best tu, siap kene puji lagi cekodok tu..lain dari yang lain beb..

Satu lagi cerita pasal cekodok ni, adalah satu pagi, cam rajin je aku nak masak cekodok pisang.. since aku masuk ofis flexi hours maka boleh la aku berkampung kat dapur lama sikit pagi tu.. masak cekodok pisang, tapi terhangus sikit cekodok tu, oleh kerana dah masak, cekodok hangus pun takpe la..janji ade bekal nak bawak..so aku gi keje sambil berbekalkan cekodok pisang hangus..tapi tahap hangus tu takde la kritikal sangat, boleh diterima akal lagi la.. huhu. then tengah lepak2 kat pantry room sambil makan, tibe2 bos aku pun masuk.. "saya macam bau cekodok pisang je" hehe. alamak, nak bagi pun aku serba salah..dah la hangus cekodok tu..macamane ni... then aku pun cakap "Dr, saye bawa cekodok pisang tapi hangus sikit..tinggal satu je lagi, Dr raselah" hehe, aku meng-ofer bos aku.."eh, cekodok hangus ni la best, jarang dapat rase cekodok hangus ni"... jawab bos aku..rezeki bos dapat makan cekodok hangus aritu..

Cekodok ni dari dulu sampai la sekarang tak muak-muak aku makan..sebab boleh campur ngan macam-macam, ikut suka masing-masing..dan yang paling penting, cekodok ni paling senang nak buat..huhu, kalau agak2 takde idea nak masak tu, boleh la masak cekodok..sedap, cepat dan simple..:)

Wednesday, April 29, 2009

rekod untuk hari ini..

Hari ni agak busy, pagi sibuk uruskan umah..dan buat segala keje yang perlu di lakukan oleh suri rumah.. since hari ni cuaca agak baik dan sunny, aku pun bolehlah mendobi baju arini.. then, kemas umah, masak untuk lunch (awal giler aku masak lunch..kul 9am dah masak tuk lunch).. bukan ape, memang kene masak awal coz hubby balik umah dalam kul 4, maka memang jelas lah aku takkan sempat balik umah untuk masak..so, kene lah prepare everything awal pagi..

aku kene gi uni awal coz ade kelas lagi hari ni about "using computer as a research tool".. kelas untuk higher degree program..sebenarnya kelas tu start kul 1 tapi saje je nak gi awal, nak lepak kat library dulu before gi kelas.. kelas tu dijalankan kat tempat biasa..dan biasanya aku gi IST building tu naik loop bus..hehe, malas nak jalan..loop bus kecik dari mini bus tapi besar dari van..boleh imagine tak? hehe, cute kan..

speaker untuk kelas hari ni Dr Steve..orangnya memang la kelakar giler..pastu kalo cakap cam takde perasaan je muka dia..memang fun habis join kelas dia.. subjek yang dia ajar pun sangat menarik..byk aku belajar about software yang sesuai diguna untuk research student..

satu incident yang jadi arini bila ade orang datang kelas bagitau yang kelas tu sepatutnya abis kul 2.45pm, sebenarnya memang patut abis kul 3pm tapi orang tu poyo2 je kata kelas kene abiskan by 2.45 coz ade kelas lain kul 3 nak guna...waktu tu dah lebih kul 2.45.. Dr steve cakap kat orang tu "it should be until 3" "nobody informed me about this" then orang tu cakap "No, it's until 2.45 coz there will be other class at 3" isshhh.. orang ni kacau betul la..dah la tgh kusyuk menuntut ilmu ni..hehe..then, Dr steve, cakap ngan muka tak de perasaan dia tu, "ok, no worries, I'll finish before 5" hehe, selambe je ckp nak abis sblm kul 5..best tul la dia kenekan orang..

then, abis kelas aku lepak kat library balik.. masa kat library, tiba2 je nak rase cam nak exercise..huhu, hubby msg coz cam biasa tanye bila nak balik coz dia nak jemput..aku, tiba2 rase cam nak balik umah jalan kaki..uuiihh, biar betul.. jarak uni ke umah aku kat pasadena adalah dalam 5km..jauh jugak tu (untuk tahap org yg kurang senaman cam aku nih, huhu).. hubby cam tak caya je..then hubby call untuk confirmation.. aku pun cakap la..saje je, nak exercise.. nak masuk gym kat uni ni tak mampu, mahal seh..setahun AUD 399.. baik je aku exercise buat evening walk.. teringat mase study kat Malaysia dulu.. petang2 selalu jogging round campus..

Then aku pun mencipta rekod aku sendiri..jalan dari uni ke umah..tapi ok la..rase segar betul.. mase sampai umah hubby tersengeh2 tgk aku balik..dia pon cam tak percaya wife dia berani jalan sorang2 dari uni ke umah..hehe, pasni boleh la aku buat selalu, boleh la fit kan sikit badan aku nih.. :)

Friday, April 24, 2009

hujan...

Dua hari ni memang hujan je tapi dalam dua hari ni jugak la aku ligat kuar umah.. semalam aku n kak zatul hang out kat city, hajatnya nak gi makan kat swinging bowl n gi borders. Early in the morning bout 8.45am kak zatul dah sampai marion. Before gi city, kitaorg ke marion dulu untuk renew rego keta.. aku plak terlambat sampai kat marion, lame la plak kak zatul kene tunggu aku, tapi bukan salah aku pon, aku awal2 lagi dah terpacak kat bus stop dan sepatutnya ade bas tapi dekat kul 9 baru la nampak batang idung bas ni..kesian plak kat kak zatul, kene tunggu aku lama kat marion.waktu tu memang dah mendung,tanda2 nak ujan pon dah jelas kelihatan..

Then lepas urusan keta selesai, kitaorg pun naik bas ke city. dalam bas kitaorg ape lagi pot pet pot pet je all da way to city..mesti org yang yg duduk dekat dengan kitaorg bengang coz tak paham kitaorg cakap ape...huhu.then cakap non stop, nasib la..

Sampai kat city gi jenguk swinging bowl tapi tak buka lagi so kitaorg gi woolies dulu cari sikit barang dapur.. n dapat la aku beli coklat whittaker's..sedap beb coklat nih.. coklat new zealand.
pas shoppping terus gi swinging bowl coz perut dah kebuluq..pagi tak breakfast..tu yang cepat2 nak gi lunch..

Ni first time kak zatul makan kat sini and this is the real malay food in adelaide..ape lagi, kitaorg pon layan la perut masing2.. waktu tu ujan dah mula turun, sejuk la plak..

Our next stop is borders, saje je aku nak tgk2 buku kat sini coz aku ade baucer borders tapi lepas pusing2 tgk buku, nampaknye takde la plak yang berkenan di hati, takpe la, masa kuar dari borders, ujan dah makin lebat..alamak, dah la kene ujan, makin bertambah sejuk la aku.. then aku ke hs coz kak zatul nak beli something tapi benda tu dah habis la plak..

Kitaorang pun cam dah tak larat tahan sejuk n ujan ni, then decide nak balik, nasib baik la tak tunggu lama, bas sampai cepat..huhu, best2.

Dalam bas asyik cakap kat kak zatul, "mengantuk giler ni"..tak sabar nak balik zzzzzz... on da way nak balik kitaorg senyap je..huhu coz masing2 layan mata. tapi yang best nyer bas tu berenti kat umah aku dulu..hehe, kak zatul cakap, tak chi coz atie boleh tido dulu..:)

masa turun bas, ujan makin la lebat..aku dah la basah, kene plak ngna cuaca sejuk n angin kuat..pehh, sabo je lah..nasib baik bus stop n umah aku tak jauh sgt..

Arini pon ujan memanjang, angin lagi, sejuk lagi, dah pakai baju tebal pon cam tak lot je.. arini have to go to uni coz kene gi bank yg dalam uni tu nak bank in sewa umah..then nak temankan hubby gi bayar saman parking kat st peter library. Sambil tunggu hubby abis solat jumaat kat flinders, ajak kak husna pekene hot chocolate..bestnyer, dapat la hanagtkan badan sikit.. hujan still renyai2..

kat South Australia ni jarang sangat ujan, then kalo ujan yang memanjang cam ni memang betul2 bagi kesan kat aku.. nasib baik la esok n lusa dijangka tak hujan, cuma angin kuat je.. aku memang jenis tak tahan sejuk..dalam umah pon pakai glove jugak, stokin apatah lagi, wajib tu.. hubby kata, nasib baik aku tak sambung study kat Canada, kalo tak tak tau la camne aku nak idup kat tempat sejuk tahap beku tu..huhu..

Friday, April 17, 2009

Teringat kala waktu interview di UKM



Tetiba je aku terkenang kala aku menghadiri interview di UKM pada tahun 2007. Rase waktu tu aku masih mentah lagi..lagi pun aku masih dalam pengajian di peringkat master di UM. Kala nak ingat waktu interview membuatkan aku tersenyum kambing sorang-sorang..masakan tidak, aku rase jawapan yang aku beri masa interview tu terlalu lurus dan jujur..hinggakan kadang-kadang jawapan yang aku berikan membuatkan panel tersenyum-senyum..hahaha, macam tak matang betul aku ni..tapi, memang waktu tu tak matang lagi pon..hahaha..jawapan yang aku berikan macam tak menggambarkan jawatan yang aku apply adalah jawatan akademik dan panel interview pada hari itu bukan calang-calang orang. Ada tiga orang panel yang interview aku, Timbalan Naib Canselor, Dekan dan Pengerusi Pusat..

Soalan yang paling banyak ditanya oleh Pengerusi Pusat dan TNC, tapi Dekan lebih banyak observe aku dari bertanyakan soalan..Aku rase sesi interview aku takde la lame sangat.. sebelum masuk bilik interview tu memang tahap nervous aku dahsyat beb..ye la, siapa la tak nervous, dah la aku bukan bekas pelajar UKM, aku memang akui., aku takde ape-ape kabel untuk masuk ukm dulu, takde kabel jalur lebar ke, kebal dial-up mahupun broadband. Yang ada hanya kelulusan aku dan doa mak ayah yang iringi aku untuk interview itu..

Masa interview tu, aku bertemu dengan Ping, a sweet girl dari Sarawak who became my best friend now..:) Aku tengok Ping tenang je, membuatkan aku lebih tenang sikit sementara menunggu tiba waktu untuk aku masuk ke bilik interview.

Berbalik pada interview session tu, aku teringat soalan dari Dekan, "Nanti kalau diserapkan bekerja di sini, awak perlu lanjutkan pelajaran hingga PhD dan mungkin dihantar ke luar negara, awak ada sebarang masalah?" lebih kurang camtu la soalan Dekan, aku pun jawab "saya takde masalah, memang cita-cita saya belajar di luar negara dan ibu bapa saya pun memang galakkan saya belajar hingga PhD" , then ada soalan2 berbentuk akademik dari Pengerusi Pusat dan TNC. Tapi soalan yang paling aku tak boleh lupa datang dari TNC sebab jawapan yang aku bagi memang tulus ikhlas betul...TNC tanye "Ok, sebelum kita tamatkan interview ni, awak ade ape2 nak cakap?" hehe, tiba-tiba aku senyum cam kerang busuk.."saya harap dapat berkhidmat di UKM sebab memang dari kecik saya bercita-cita bekerja disini" TNC pun jawab "hebatnya awak"hehe"dari kecik lagi dah bercita-cita camtu", pastu aku pun tambah, "sebab, kalo saya nak balik ke kampung , mesti saya lalu depan UKM, then saya bercita-cita untuk bekerja di sini satu hari nanti".. jujur sungguh jawapanku..kuikuikui, TNC pun balas sambil senyum-senyum " kampung awak kat mana?" "kat Kg. Rinching Hilir" jawab aku.."Ooooo, kat belakang ni ye" tambah TNC, aku sebenarnya confius, dalam hati aku, kat belakang mana pulak, kan kat belakang UKM tu hutan..kuikuikui, tapi aku pun jawab je la.."a'ah, dekan ngan pekan Bangi Lama"..

Lepas tu maka tamatlah sesi interview aku..fuhhh, lepas azab..:) lepas tu aku mulalah aku berfikir2 berkenaan interview tu..aku cam dah jangka cam tak dapat je keje kat UKM tu, dah la interview sekejap je, pastu candidate yang datang sekali ngan aku sumer best2..dengan gaya tersendiri..aku je ngan takde gaya ape2, hehe, takde gaya kuak kupu-kupu mahupun kuak lentang, hanya gaya bebas saje..:)

Tapi, Allah penentu segalanya, tak lama selepas tu, aku mendapat surat tawaran dari UKM, Alhamdulillah, syukur..Aku panjatkan rase kesyukuran hanya pada Allah atas segala rezeki darinya..:)

Dan hari ni, disini lah aku, sedang melanjutkan pengajian di luar negara..betul sungguh kata Dekan dulu..:) Moga-moga aku dan rakan2 yang lain berjaya dalam pengajian kami dan kembali berkhidmat di UKM.. Amin.