Tuesday, June 30, 2009

Mengapa perlu ada benci dan cemburu

Kitaran roda kehidupan..hidup seakan ligat berputar, dan usia bukan semakin muda, dalam hati perlukah ada perasaan benci dan cemburu?? bukankan ia hanya memburukkan lagi segala penyakit hati yang telah lama bermukim di hati masing-masing.. manusia, manusia..

mungkin tidak bersyukur atas segala anugerah yang telah Allah kurniaan sehinggakan lupa akan segala nikmat didepan mata tatkala cemburukan nikmat yang Allah kurniakan pada insan yang lebih memerlukan..

Aku tertanya-tanya, perlukah perasaan itu mengungguli hati dan naluri manusia sedangkan setiap orang ada rezeki masing-masing dan tak perlulah mempersoalkan kenapa seseorang itu mendapat lebih dari yang Allah kurniakan padanya..

Benci dan cemburu memakan hati..kosongkan jiwa darinya kerana percayalah, penyakit hati ini akan bertambah parah andai kita alpa dalam mensyukuri nikmat Allah..

p/s: Aku hanya hamba Allah yang lemah yang sentiasa mengharapkan belas dan kasih dari Allah..Moga kita semua sentiasa dilindungi Allah selamanya..titipan diatas hanyalah kata-kata dari aku dan sekadar untuk muhasabah diri ini..agar tidak termasuk dalam kelompok manusia yang mempunyai sifat mazmumah

0 comments:

Post a Comment