Tuesday, March 31, 2009

Indahnya ciptaan Allah














Beberapa hari lepas, hubby ajak jalan2 kat satu tempat..katanye nak bawa ke satu tempat special nak tgk sunset..bestnye, aku pun bersiap2 petang tu.. tempat tu memang aku tak pernah sampai sebelum ni..so, aku pun asyik tanye, best ke tempat tu..hubby pun kate best..mesti atie suka..

on da way nak sampai ke tempat tu, memang pemandangan cantik sangat.. jumpa jugak biri2 oz tengan makan rumput petang..hehe.. cute je tgk biri2 tu.. bila sampai tempat yang dituju, tgh sunset cantik sgt..pemandangan yang menenangkan:)

Aduhhh..proposal aku

Waktu ini aku luangkan untuk melawat blog ini selepas sehari suntuk menyiapkan progress aku..tapi, aku rase tahap stress menyiapkan work progress ni masih ditahap yang terkawal.. sebelum ni aku asyik dilanda syndrom sakit kepala especially the right side..hubby aku kata banyak sangat minum nescafe..kan dah sakit kepala..huhu.tapi aku ni type yang degil, tak dengar cakap hubby tu yang sakit kepala memanjang..huhu, yang jadi mangsa tiada orang lain selain hubby aku..kuikuikui..kene jadi tukang urut la plak.

Tapi, aku rase penyebab utama sakit pala aku nih akibat banyak sangat main chess..guna otak pada tahap yang luar biasa..sampai computer pun kalah..natijahnya sakit kepala aku.. then aku pun kurangkanlah tabiat main chess ni pada tahap lowest.

Berbalik pada cite proposal tadi..aku rasekan yang aku still tak push pemikiran aku to the standard yang aku harapkan.. banyak lagi ruang2 kosong yang perlu aku isi untuk hasilkan thesis yang mantap.. tapi kenapalah waktu2 kritikal macam ni, otak aku macam dah malas nak berpikir sedangkan waktu2 begini, idea2 memang sgt aku perlukan..sampai ada kalanya, aku duduk berjam2 kat depan laptop tanpa ada idea yang bernas coming out..please please please, give me some ideas to help me brush up da proposal..

Esok appointment aku ngan supervisor..tak tau lah camne reaksi diaorg..hopefully, everything ok..sekarang, rasenye otak aku perlukan rehat lepas beberapa hari memerah otak..esok baru boleh sambung lagi keje..:)

Esok jadual aku kembali padat..as last week..seminar, workshop, auditor in classses dan macam2 lagilah..alahai..lambatnye aku nak abis blaja lagi..:) apapun aku akan cuba untuk tamatkan pengajian aku seawal yang mungkin dan kembali berkhidmat kat ukm secepat yang mungkin.. amin

Friday, March 27, 2009

My mum is amazing..

"My mum is amazing"..Lagu ni hubby aku yang dengarkan kat aku few weeks back.. mula2 dengar lagu ni, aku terpaku.. tapi yang paling jelas perasaan aku jauh melayang mengingatkan mak aku yang jauh beribu batu di KL.

Hari ni sekali lagi aku search lagu ni kat youtube..menitis air mata aku..yang aku kenangkan jerit perih mak aku yang kehilangan ibu pada usia yang masih mentah..mak aku bergelar anak yatim tanpa ibu seawal usia kanak2nya.. mengenangkan kisah yang mak aku ceritakan kat aku, hidup tanpa sentuhan dan kasih sayang seorang ibu.. hidupnya dalam keadaan yang amat perit ketika itu..mak aku pernah bercerita satu ketika dulu berkenaan betapa mak rindukan sentuhan seorang ibu sewaktu usia mudanya..membuatkan aku begitu menghargai betapa agungnya kasih ibu..syurga di bawah telapak kaki ibu...

Teringat dicorong telinga aku, mak bercerita, masih terkenang keenakan masakan ibunya walaupun usia hanya di awal zaman kanak2..sedih.. sayangnya keenakan masakan ibu itu hanya sementara..selalu mak pesan agar aku belajar rajin-rajin sebab mak kata, mak tak pernah dapat peluang seperti yang aku dapat sekarang, mak cakap dulu mak hidup tanpa sokongan ibu, tiada perangsang, tiada kata2 semangat, yang ada hanya kesusahan dan keperitan hidup.. segala kesusahan yang mak lalui akan aku jadikan azimat untuk aku terus berjaya..aku ingin tebus segala impian yang mak impikan..aku sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang sangat penyayang yang telah mendidik aku dengan penuh kasih sayang, mak sanggup bersusah payah untuk kebahagiaan anak-anaknya, selalu berikan yang terbaik untuk anak-anaknya, sanggup sembunyikan segala kesakitan demi anak-anaknya..hanya wajah tenang yang mak pamerkan untuk sembunyikan segala kesusahan yang telah mak lalui..oohhh, betapa indahnya menjadi anak mak..mak, angah sayang mak..

Sesungguhnya jasa mak tak terbalas walaupun dipersembahkan segala keindahan dunia padanya..hanya doa yang aku panjatkan agar Allah berikan berikan segala kebaikan dan kesihatan untuk mak tersayang...

Tuesday, March 10, 2009

10 perkara yang sangat aku rindu bila berada di perantauan

1. Aku sangat rindukan mak, ayah dan keluarga tersayang. Mujur suami tercinta ada di sisi memberi sokongan dan dorongan. Pada satu tahap, aku menangis dek kerana terlalu rindukan keluarga terutamanya mak.Hanya telefon dan e-mail menjadi penghubung kasih antara aku dan keluarga.

2. Aku rindukan masakan mak aku..Bila terkenangkan nasi kerabu, ikan pari masak asam pedas, masak lemak cili padi ikan keli salai dan sambal goreng jawa buatan mak aku, memang tak boleh tahan.. kecur air liur rasenya..rase macam nak balik Malaysia sekarang jugak.

3. Aku rindukan pasar malam kat Taman Melati dan Bangi. Kat Adelaide ni mana ade pasar malam..Kedai-kedai pun pukul 5 dah tutup..tak best betul la..

4. Aku rindukan kereta Atos. Kereta tersebut adalah kereta pertama aku selepas bekerja di UKM. Kiut kan keta tu..huhu. Selalu aku jalan-jalan ngan hubby aku ngan kereta comel tu..walaupun hubby ada kereta sendiri tapi kalau keluar jalan-jalan selalu naik kereta Atos yang comel tu.. Sekarang kereta tersebut di bawah jagaan mak aku..:)dan pemilik barunya juga mak aku..hehe..comel lah kereta mak.

5. Aku rindukan adik-adik dan kakak aku..aku cuma ada 2 orang adik dan kedua-duanya lelaki. Tapi yang sering aku teringat ialah adik bongsu aku, Daniel. Sekarang belajar di sekolah sukan. Dah besar dah dia..dulu ingat lagi masa dia kecik2, rasanya sekejap je dah besar.Angah rindu sangat kat Neil. Adik bujang aku yang sorang lagi tu memang sentiasa dalam fikiran aku..sem ni merupakan semester terakhirnya dalam bidang Art n Design kat UiTM. Kreatif sungguh adik aku yang sorang ni..Yang ni memang manja ngan aku dan sangat mendengar kata kakak nyer ini..:)baik adik aku nih.Aku rindukan saat-saat bersama kakak aku. Aku hanya ada seorang kak je, jadi hubungan kami sangatlah erat..dulu selalu keluar gi jalan-jalan, shopping-shopping ngan akak. Akak selalu jadi rujukan aku dalam banyak perkara..Really miss u sis..:)

6. Aku rindukan rumah sewa yang pertama aku dan hubby sewa selepas berumah tangga. Rumah tersebut terletak di Bangi. hehe, dekat je ngan UKM. Tapi hubby nak pergi keje jauh la sikit. tapi takde lah jauh sangat. Putrajaya je..:) Banyak kenangan manis kami di rumah sewa itu.

7. Aku rindukan suasana hidup di Malaysia..memang belajar di tempat orang memberi aku peluang dan pengalaman yang tak ternilai tapi aku begitu merasai yang "I'm not belong here". walaupun hujan batu di negara sendiri, lebih baiklah di negara sendiri. Walaupun Australia ni keluar hujan emas pun, hati aku tetap pada Malaysia.

8. Aku rindukan atuk aku..masa aku nak bertolak ke Australia dulu, atuk dalam keadaan uzur..hati aku bertambah sayu bila atuk menitiskan air mata tika aku mohon ampun darinya. Mencurah2 air mata aku jatuh bila tengok atuk aku menangis. Moga atuk diberikan kesihatan yang baik..amin

9. Aku rindukan suasana celoteh mak aku. Mak aku merupakan motivator yang terbaik untuk aku. Mak memang selalu menjadi rujukan aku sejak dulu sampai sekarang. Kata-kata dari mak aku selalu menenangkan aku. Ayah pula agak pendiam tapi kadang kala ayah buat lawak dalam rumah, gamat jadinya rumah kami..rindu sangat mak ayah..

10. Aku rindukan saat-saat hang out ngan kengkawan aku. Sekarang kebanyakannya sudah berumah tangga dan mempunyai kerjaya masing-masing. Tapi aku rindukan zaman-zaman belajar dulu, hang out sama-sama, tunggu bas sama-sama, pergi dining sama-sama..oohhh, I miss them a lot..

PhD tanpa airmata

PhD without a tears..bila aku menerima e-mail dari seorang pelajar postgraduate di sini, aku seolah-olah tersedar dari mimpi yang panjang. Setiap orang yang melalui perjalanan bergelar pelajar PhD pastinya merasa putaran hidup sepanjang perjalanan bergelar pelajar PhD adalah ibarat roda. Emosi kadang-kadang boleh berada di tahap yang terendah dan kadang-kadang di tahap yang tinggi..memang aku akui, pada mulanya memang payah untuk aku sesuaikan diri terutamanya aku belajar di rantau orang, semuanya harus aku jelajahi. Setelah hampir 3 bulan bergelar pelajar di sini, aku sidikit sebanyak menyesuaikan diri dengan keadaan dan sistem pembelajaran di sini. Walaupun aku tidak diwajibkan mendaftar subjek sepanjang pengajian aku kerana aku menjalankan research tapi memikirkan ilmu yang akan menfaatkan aku, maka aku telah mendaftar 2 subject iaitu Research method dan Public policy. Kedua-dua subjek ini amat membantu aku sepanjang tempoh aku menjalankan thesis aku.

Berbalik kepada email yang aku terima itu, e-mail tersebut membuka mata dan pemikiran aku agar menjadi pelajar yang lebih berdisiplin dan mempunyai matlamat yang cukup jelas sepanjang tempoh pengajian.

Aku dijangka menamatkan pengajian aku dalam tempoh 4 tahun dan aku berharap agar Allah permudahkan aku sepanjang pengajian aku di sini. Sebelum menjejakkan kaki di sini, sering kedengaran di corong telinga aku bahawa menjadi pelajar PhD memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi. Seringkali aku disajikan dengan cerita-cerita berkenaan pengalaman sepanjang melalui tempoh pengajian yang kurang enak aku dengar. Tapi apabila berada dan merasai pengalaman sendiri, dapat aku simpulkan bahawa, pokok pangkal adalah diri kita. Jika kita mempunyai matlamat dan disiplin yang tinggi, aku percaya bahawa segalanya akan menjadi lebih teratur dan mudah. Aku panjatkan doa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan aku di sini dan semoga Allah jauhkan dari segala masalah dan bala..amin

Monday, March 2, 2009

Gathering at Rymill Park (PG and MISSA)
















Pada 28/2/2009 telah diadakan gathering party kat Rymill Park, Adelaide city. Ini merupakan kali pertama aku ke Raymill park. its a nice place especially nak bawa family untuk jalan2 ujung minggu.. taman dan lake yang cantik..

Actually majlis tu gabungan antara pelajar postgraduate kat South Austalia dan Malaysian Islamic Society of South Australia (MISSA). Aku bertolak wal pagi dari umah, bersama 3 konvoi keta ke Adelaide city. Excited je coz ni first time nak gi gathering yang menghimpunkan pelajar Malaysia dari 3 university di SA ni..hehe, dan yang paling best BBQ party dia..huhu, chef2 yang terlibat sepanjang penyediaan BBQ tu memang expert..huhu, tahan panas beb, di tengah2 panas masih bersemangat menjalankan amanah yang diberikan..hasilnya..memang sedap dik ooii..terima kasih pada adik2 yang bertungkus lumus menyediakan hidangan utama pada hari itu..:)

Acara gathering tersebut diadakan sekali dengan majlis perpisahan kak lin dan abg man yang akan pulang ke tanah air 14/3/2009 ni..seriously, I'm gonna miss them a lot. They're so kind hearted and had help us a lot when we first arrived here..jasa mu akan kami kenang sampai bila2..:)


Dalam pukul 12 lebih kami pun mengundurkan diri sebab nak gi Central Market untuk beli buah-buahan untuk majlis gathering kat peringkat Flinders pulak yang berlangsung pada keesokan harinya (1/3/2009).

Sunday, March 1, 2009

BBQ Party at supervisor's place

Pada 22/2/2009 (Ahad), telah diadakan majlis BBQ (halal) kat umah co-supervisor aku kat Unley Park. Aku ke sana ngan husband aku. Kawasan umah Dr. Jo adalah kawasan elit kat Unley Park dan termasuklah umah supervisor aku tu..besar beb umah dia, tapi majlis tu diadakan bukan dalam umah, kat taman bersebelahan swimming pool n tennis court n snooker house..semua tu dalam kawasan umah dia..fuhhh, kalo dapat umah sebijik cam ni peh..best tu..(hehe, berangan jek)

So, sepanjang majlis tu berlangsung, aku dan husband memang enjoy it so much..kami bertemu dengan rakan baru dan banyak info baru yang aku dapat dari teman2 baru ni..

Oleh kerana aku terlupa bawak camera pada hari itu, maka tak dapat la aku nak tunjuk umah Dr. Jo yang best tu..hehe

Lebih kurang pukul 7 malam, aku dan husband pun berangkat pulang, majlis sebenarnya belum sepenuhnya habis tapi oleh kerana ada urusan lain, kami terpaksa minta diri lebih awal..:) Kesimpulan dari majlis itu, aku dapat lihat yang omputih ni jenis yang laid back n relax..live their life to the fullest..:)