"My mum is amazing"..Lagu ni hubby aku yang dengarkan kat aku few weeks back.. mula2 dengar lagu ni, aku terpaku.. tapi yang paling jelas perasaan aku jauh melayang mengingatkan mak aku yang jauh beribu batu di KL.
Hari ni sekali lagi aku search lagu ni kat youtube..menitis air mata aku..yang aku kenangkan jerit perih mak aku yang kehilangan ibu pada usia yang masih mentah..mak aku bergelar anak yatim tanpa ibu seawal usia kanak2nya.. mengenangkan kisah yang mak aku ceritakan kat aku, hidup tanpa sentuhan dan kasih sayang seorang ibu.. hidupnya dalam keadaan yang amat perit ketika itu..mak aku pernah bercerita satu ketika dulu berkenaan betapa mak rindukan sentuhan seorang ibu sewaktu usia mudanya..membuatkan aku begitu menghargai betapa agungnya kasih ibu..syurga di bawah telapak kaki ibu...
Teringat dicorong telinga aku, mak bercerita, masih terkenang keenakan masakan ibunya walaupun usia hanya di awal zaman kanak2..sedih.. sayangnya keenakan masakan ibu itu hanya sementara..selalu mak pesan agar aku belajar rajin-rajin sebab mak kata, mak tak pernah dapat peluang seperti yang aku dapat sekarang, mak cakap dulu mak hidup tanpa sokongan ibu, tiada perangsang, tiada kata2 semangat, yang ada hanya kesusahan dan keperitan hidup.. segala kesusahan yang mak lalui akan aku jadikan azimat untuk aku terus berjaya..aku ingin tebus segala impian yang mak impikan..aku sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang sangat penyayang yang telah mendidik aku dengan penuh kasih sayang, mak sanggup bersusah payah untuk kebahagiaan anak-anaknya, selalu berikan yang terbaik untuk anak-anaknya, sanggup sembunyikan segala kesakitan demi anak-anaknya..hanya wajah tenang yang mak pamerkan untuk sembunyikan segala kesusahan yang telah mak lalui..oohhh, betapa indahnya menjadi anak mak..mak, angah sayang mak..
Sesungguhnya jasa mak tak terbalas walaupun dipersembahkan segala keindahan dunia padanya..hanya doa yang aku panjatkan agar Allah berikan berikan segala kebaikan dan kesihatan untuk mak tersayang...
Friday, March 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment