Thursday, June 11, 2009

Ronda-ronda sempena Queen's Birthday


Kilang coklat Melba



The Rocking Horse



Adelaide Hill Tourism Centre



Papan tanda Adelaide Hill



Ladang anggur yang dah kering



Whispering wall


Tempat nak cakap kat sini



Kawasan Barossa Dam



Barossa Dam



Mercu tanda


Last monday merupakan cuti umum di sini sempena Queen's Birthday..
maka dengan itu, dapat la aku berjalan dan meronda menenangkan sedikit fikiran.
So plan pada hari tu, kami bertiga, aku and husband and kawan baru dari Malaysia, faizul..
Faizul bukanlah pelajar di sini tapi bekerja dan sedang berusaha untuk mendapat taraf PR di sini.
Jadi, pemandu pelancong pada hari itu ialah faizul since tempat yang kami nak pergi tu, dia dah pernah lawat sebelum ni and additionally dia ade GPS dalam iphone dia, so senang sikit nak cari jalan..

Then pagi tu, as early as 7.30am, kami dah bertolak dari umah kami di Pasadena ke Elizabeth untuk amik faizul..jaraknya agak jauh, dalam 45 minit perjalanan..then kami ke destinasi pertama iaitu Whispering Wall.

Whispering wall adalah sebahagian dari kawasan tadahan air yang terletak di Barossa. Memang ceruk sangat tempat nih..awal pagi macam ni, masih belum ramai pengunjung, hanya ada 2 buah kereta termasuk kereta kami.. Sejarah pembinaan Barossa Dam ini bermula pada hujung tahun 1890an dan siap pada 1903. Tempat ini sanagt istimewa sebab pada waktu itu, jurutera yang terlibat dapat membina kawasan yang sebegini besar dan yang paling unik adalah whispering wall.. dinding yang menjadi benteng dam ini boleh digunakan sebagai alat telekomunikasi..anda hanya berlu berbisik tanpa perlu bercakap kuat dan ia dapat didengari dengan sangat jelas di sebelah hujung dam itu..best betul, kebetulan, masa aku sibuk amik gambo, ada sorang nenek tengah duduk kat the other side of the dam dan dia panggil aku untuk borak ngan dia menggunakan whispering wall tu..hehe, memang best..testing yang kedua ngan hubby pulak, one at this side and another one at the other side, bentuk wall tu melengkung, dan jarak antara kedua2 hujung wall tu dalam ratusan meter jugak..

Lokasi yang seterusnya adalah Adelaide Hill Business and Tourism Centre..tempat ini terletak di Lobethal (kawasan pekan kecil yang sangat cantik dan saujana mata memandang). Kami singgah disini sekejap dan jenguk-jenguk apa yang ada..rasa penduduk kat sini kebanyakannya bekerja sendiri dan involve dalam aktiviti pertanian..then kami bergerak ke lokasi seterusnya, sepanjang perjalanan, memang amat mengasyikkan, pemandangan yang hijau dan ditambanh dengan haiwan seperti ilama, biri-biri dan lembu yang cute2 tengah makan rumput kat kawasan padang yang luas..

Kemudian kami menuju ke destinasi kedua, Melba Chocolate yang terletak di Adelaide Hill. Kilang Melba ni menghasilkan coklat dan kebanyakan bahannya halal..so kami pun beli beberapa jenis coklat yang nampak macam best je..one of the coklat yang aku tak pernah rasa sebelum ini ialah biji kopi yang disalut dengan coklat..rasanya sedap sebab biji kopi tu sanagt rangup dan bila disalut coklat, rasanya blend together ngan coklat yang lemak berkrim tu...Dapat jugak tengok mesin2 traditional yang digunakan untuk menghasilkan coklat..

Lokasi seterusnya adalah kilang cheese yang terletak bersebelahan ngan kilang coklat tadi.. tapi cam tak best sangat pun.. cheese pun macam tak banyak pilihan..so, kami tak beli apa2 dari kilang cheese ni..:)

Tempat persinggahan kami yang terakhir ialah the Rocking Horse..tempat ini terletaknya biggest toy factory, mini zoo (adalah segala macam haiwan like kanggaroo dan lain-lain) dan rocking horse yang bagaklah besarnya..Lepas agak-agak puas lepak-lepak kat situ, kami pun bersiap untuk balik..puas betul berjalan hari tu..








2 comments:

mlle said...

pemandangan kat Empangan Barossa sungguh cantik!
Coklat murah tak kat kilang tu? kalo ada peluang i akan beli cheese, i fall in love with cheese here but some of them are very expensive^^
best nyer jalan-jalan^^

atieaster said...

Ping, kalau u datang sini, boleh bawa you jalan2..hehe, i heard amrah is going back for holiday..bestnyer..:)

Post a Comment