Friday, April 17, 2009

Teringat kala waktu interview di UKM



Tetiba je aku terkenang kala aku menghadiri interview di UKM pada tahun 2007. Rase waktu tu aku masih mentah lagi..lagi pun aku masih dalam pengajian di peringkat master di UM. Kala nak ingat waktu interview membuatkan aku tersenyum kambing sorang-sorang..masakan tidak, aku rase jawapan yang aku beri masa interview tu terlalu lurus dan jujur..hinggakan kadang-kadang jawapan yang aku berikan membuatkan panel tersenyum-senyum..hahaha, macam tak matang betul aku ni..tapi, memang waktu tu tak matang lagi pon..hahaha..jawapan yang aku berikan macam tak menggambarkan jawatan yang aku apply adalah jawatan akademik dan panel interview pada hari itu bukan calang-calang orang. Ada tiga orang panel yang interview aku, Timbalan Naib Canselor, Dekan dan Pengerusi Pusat..

Soalan yang paling banyak ditanya oleh Pengerusi Pusat dan TNC, tapi Dekan lebih banyak observe aku dari bertanyakan soalan..Aku rase sesi interview aku takde la lame sangat.. sebelum masuk bilik interview tu memang tahap nervous aku dahsyat beb..ye la, siapa la tak nervous, dah la aku bukan bekas pelajar UKM, aku memang akui., aku takde ape-ape kabel untuk masuk ukm dulu, takde kabel jalur lebar ke, kebal dial-up mahupun broadband. Yang ada hanya kelulusan aku dan doa mak ayah yang iringi aku untuk interview itu..

Masa interview tu, aku bertemu dengan Ping, a sweet girl dari Sarawak who became my best friend now..:) Aku tengok Ping tenang je, membuatkan aku lebih tenang sikit sementara menunggu tiba waktu untuk aku masuk ke bilik interview.

Berbalik pada interview session tu, aku teringat soalan dari Dekan, "Nanti kalau diserapkan bekerja di sini, awak perlu lanjutkan pelajaran hingga PhD dan mungkin dihantar ke luar negara, awak ada sebarang masalah?" lebih kurang camtu la soalan Dekan, aku pun jawab "saya takde masalah, memang cita-cita saya belajar di luar negara dan ibu bapa saya pun memang galakkan saya belajar hingga PhD" , then ada soalan2 berbentuk akademik dari Pengerusi Pusat dan TNC. Tapi soalan yang paling aku tak boleh lupa datang dari TNC sebab jawapan yang aku bagi memang tulus ikhlas betul...TNC tanye "Ok, sebelum kita tamatkan interview ni, awak ade ape2 nak cakap?" hehe, tiba-tiba aku senyum cam kerang busuk.."saya harap dapat berkhidmat di UKM sebab memang dari kecik saya bercita-cita bekerja disini" TNC pun jawab "hebatnya awak"hehe"dari kecik lagi dah bercita-cita camtu", pastu aku pun tambah, "sebab, kalo saya nak balik ke kampung , mesti saya lalu depan UKM, then saya bercita-cita untuk bekerja di sini satu hari nanti".. jujur sungguh jawapanku..kuikuikui, TNC pun balas sambil senyum-senyum " kampung awak kat mana?" "kat Kg. Rinching Hilir" jawab aku.."Ooooo, kat belakang ni ye" tambah TNC, aku sebenarnya confius, dalam hati aku, kat belakang mana pulak, kan kat belakang UKM tu hutan..kuikuikui, tapi aku pun jawab je la.."a'ah, dekan ngan pekan Bangi Lama"..

Lepas tu maka tamatlah sesi interview aku..fuhhh, lepas azab..:) lepas tu aku mulalah aku berfikir2 berkenaan interview tu..aku cam dah jangka cam tak dapat je keje kat UKM tu, dah la interview sekejap je, pastu candidate yang datang sekali ngan aku sumer best2..dengan gaya tersendiri..aku je ngan takde gaya ape2, hehe, takde gaya kuak kupu-kupu mahupun kuak lentang, hanya gaya bebas saje..:)

Tapi, Allah penentu segalanya, tak lama selepas tu, aku mendapat surat tawaran dari UKM, Alhamdulillah, syukur..Aku panjatkan rase kesyukuran hanya pada Allah atas segala rezeki darinya..:)

Dan hari ni, disini lah aku, sedang melanjutkan pengajian di luar negara..betul sungguh kata Dekan dulu..:) Moga-moga aku dan rakan2 yang lain berjaya dalam pengajian kami dan kembali berkhidmat di UKM.. Amin.

2 comments:

mlle said...

Dear Atie, tak sangka tetiba u teringat pasal interview kat ukm, hehe :)

aku tak tenang pun mase tu, actually i nampak calon2 yg ade master degree bawa sekali thesis mereka, i panik! siap i tanya now-our-colleague-cum-ur-uni-mate-now: "kena bawa thesis ke?". dia jawab: "mestilah bawa, thesis saya blahblahblah... Salah seorang panel interview hari ni, adalah bekas supervisor saya, Dr. Rashila, blahblahblah..."

i remember Atie memang humble. Ada aura "gaya bebas" like u say here, kuikuikui. best lah kita dapat tawaran, siap sharing satu ofis lagi, mmg best!

for ur info, Ang suruh i delete my blog, sebab dia tengok i tak concentrate jer. so my blog "hope is the thing with feathers" ngan multiply dah tak ade^^ sedih pun sedih jugak, tapi kena move on^^

miss u, take care!

atieaster said...

I tergelak baca komen u bout our -collegague-cum-my uni mate- now..hehehe
baru semalam jumpa dia..first time jumpa dia kat uni..memang mase interview tu tengok dia memang semacam je..kahkahkah, cam kelakar je tgk dia masa interview tu kan..

sedih la,tak dapat blogging ngan u lagi..takpe, yang penting study kita kan.. gud luck to n take care..:)

miss u too :)

Post a Comment