Friday, May 8, 2009
Ana MUSLIM
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Pagi tadi, sebelum hubby off to class, hubby cerita pasal kelas dia.. dan satu cerita yang mengejutkan pagi ni ialah apabila hubby disalahertikan sebagai beragama buddha.. aku pun terkejut ngan cerita hubby.. trainer yang mengajar adalah Jo dan dia adalah seorang yahudi.. dia tanya kat hubby, adakah hubby aku ni beragama buddha, then hubby cakap yang dia adalah beragama ISLAM... tak tau lah camne keluar plak issue agama kat kelas dia.. tapi hubby kata, secara mata kasarnya, jo nampak ok, takde pulak sikap bias.. dulu ada sorang lecturer ni pernah cerita, masa dia sambung study kat uk, salah satu subject dia, diajar oleh orang yahudi, memang teruk dia kata, lecturer dia memang benci kat orang islam.. kalo performance macam mana bestpun, kalo yang beragama Islam.. jangan harap la nak score paper dia.. tapi, jo looks ok..
Kat komuniti aku sekarang memang agak ramai orang yahudi, tapi aku masih tak dapat nak bezakan antara orang yahudi dan kristian di sini.. bagi aku diaorang ni macam sama je..
Apapun, aku mohon agar Allah sentiasa selamatkan aku, hubby dan kawan-kawan disini dari segala kecelakaan dan masalah..moga dijauhkan dari segala musibah..amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
semoga ko n suami dilindungi ALLAH S.W.T sampai tamat phd..
p/s: suami ko sambung blaja gak ke?
Post a Comment