Monday, May 11, 2009

Walimatulurus di Adelaide


Mari tengok silat



Sabar menunggu pengantin



Silat dari Amirul



Ketibaan pasangan pengantin



Persembahan silat



Semalam, kami menghadiri majlis perkahwinan 3 pasangan pelajar Malaysia di Adelaide..
Ini merupakan kali pertama aku menghadiri majlis perkahwinan di sini.. yang lebih istimewa, majlis ini meraikan bukan 1 pasangan malah 3 pasangan pelajar ini..ketiga-tiga pasangan ini merupakan pelajar undergrade..mereka sebelum ini sudah selamat diijabkabulkan di Malaysia.

Alhamdulillah, dah sampai seru, walaupun sibuk dengan study tapi bila dah sampai seru mendirikan masjid, memang kita tak boleh elak.. :)

Majlis diadakan di Windsor Gardens dan dihadiri oleh pelajar dari 3 uni di Adelaide ni.. ramai juga PR yang menghadiri majlis ini..walaupun sederhana tapi meriah.. majlis diserikan lagi dengan persembahan silat dan nasyid.

Semoga bahagia hingga ke anak cucu dan cicit..Moga dimurahkan rezeki dah dilindungi Allah selamanya..amin

Bercakap berkenaan rezeki ni, memang tak dapat dinafikan, rezeki selepas berkahwin lebih murah..Aku pun dapat merasakan yang rezeki semakin murah selepas aku mendirikan rumah tangga..dan perkara yang sama hubby aku rasa.. aku percaya bahawa rezeki itu datang dari Allah, dan aku percaya, setiap perkahwinan itu ada rezeki dari Allah disebaliknya..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

1 comments:

What's luv gotta do ? said...

atie, kak husna pinjam gambar yang first tu hehehe

Post a Comment