Kitaran roda kehidupan..hidup seakan ligat berputar, dan usia bukan semakin muda, dalam hati perlukah ada perasaan benci dan cemburu?? bukankan ia hanya memburukkan lagi segala penyakit hati yang telah lama bermukim di hati masing-masing.. manusia, manusia..
mungkin tidak bersyukur atas segala anugerah yang telah Allah kurniaan sehinggakan lupa akan segala nikmat didepan mata tatkala cemburukan nikmat yang Allah kurniakan pada insan yang lebih memerlukan..
Aku tertanya-tanya, perlukah perasaan itu mengungguli hati dan naluri manusia sedangkan setiap orang ada rezeki masing-masing dan tak perlulah mempersoalkan kenapa seseorang itu mendapat lebih dari yang Allah kurniakan padanya..
Benci dan cemburu memakan hati..kosongkan jiwa darinya kerana percayalah, penyakit hati ini akan bertambah parah andai kita alpa dalam mensyukuri nikmat Allah..
p/s: Aku hanya hamba Allah yang lemah yang sentiasa mengharapkan belas dan kasih dari Allah..Moga kita semua sentiasa dilindungi Allah selamanya..titipan diatas hanyalah kata-kata dari aku dan sekadar untuk muhasabah diri ini..agar tidak termasuk dalam kelompok manusia yang mempunyai sifat mazmumah
Tuesday, June 30, 2009
Ayam TERgolek
Nyum nyum
Menu dinner semalam, ayam bakar special (nak jugak taruk perkataan 'special' sebab tak penah masak sekor camni..kira special la kan??..huhu, makan dua orang je tapi masak sampai seekor ayam..ish ish ish..
Sebenarnya masak ayam bakar ni takde sempena ape2 pun, cuma sempena meraikan perut masing2 yang kelaparan..:)
Pastu, awal2 pagi semalam Gita, (jiran sebelah umah) bagi chocolate cheese cake...wahwahwah, sedap tu..breakfast cheese cake lagi.. thanks gita for the lovely yummy cheese cake.. we love it so much..its so creamy yummy..:)
Tuesday, June 23, 2009
Cheese cake dan sakit lama kembali
Semalam teringat pulak nak makan cheese cake untuk buka puasa. So, lepas beli barang barang keperluan di Foodland, pinjam mixer jiran dan bermulalah operasi cheese cake. Nak buat nyer agak mudah rupanya, selama ni ingatkan susah benor nak buat. Survey2 resepi kat internet dan start buat.. aku buat Cheese cake coklat chip..nyum nyum..hasilnya memang sedap dong (poyo je bunyi, puji diri sendiri..kwangkwangkwang)...kira ok lah, first trial..bagi chan la puji diri sikit..hahaha.
Sambil tunggu buka puasa dalam pukul 5.12pm, aku buat keje2 sampingan yang lain..tapi dalam kul 4 lebih badan dah rasa lain macam, pening kepala tahap tak hengat..nak muntah, loya, perut rasa macam pulas2, pedih perut.. Ya Allah, sakit gastrik datang lagi..aku memang dari sekolah lagi ada gastrik..kalo lambat makan sikit, mulalah pening lah, pedih perut la, nak muntah la..sampai klinik kat umah tu dan klinik kat uni dulu jadi port biasa aku amik ubat gastrik..kalo muka aku sampai kat klinik je, takde sakit lain la..kadang2 je sakit mcm flu atau fever.
Rasa macam nak buka puasa terus je coz nak makan ubat tak tahan sangat..tapi hubby kata sabar, sekejap lagi nak buka.. dalam kesakitan tu, aku solat asar sampai menggigil tahan sakit..duduk kat sejadah sampai la waktu maghrib, lepas je maghrib, aku buka puasa dengan ubat dan air. Solat maghrib pun sambil tahan sakit..then lepas je abis solat, buka telekung terus ke toilet muntah..teruk sangat sakitnya..Ya Allah, besar betul dugaan hari ni.. tapi alhamdulillah, dapat jugak aku puasa hani ini.
Lepas tu tak selera nak jamah makanan langsung, tapi kena makan something kalo tak, makin teruk sakit ni..then jamah sikit nasi dan makan ubat lagi..lepas tu muntah lagi..sampai lembik jadinya..hubby not around coz keje, so sorang2 tanggung sakit..sampai hubby balik tengok aku sakit lagi, kesian hubby, balik keje penat2 kene pulak urut aku..lepas urut dan makan ubat, Alhamdulillah, lega sikit..sampai tertidur, at about 2am, hubby kejutkan untuk solat Isyak..waktu tu sakit dah lega..syukur, alhamdulillah..
Rasa macam nak buka puasa terus je coz nak makan ubat tak tahan sangat..tapi hubby kata sabar, sekejap lagi nak buka.. dalam kesakitan tu, aku solat asar sampai menggigil tahan sakit..duduk kat sejadah sampai la waktu maghrib, lepas je maghrib, aku buka puasa dengan ubat dan air. Solat maghrib pun sambil tahan sakit..then lepas je abis solat, buka telekung terus ke toilet muntah..teruk sangat sakitnya..Ya Allah, besar betul dugaan hari ni.. tapi alhamdulillah, dapat jugak aku puasa hani ini.
Lepas tu tak selera nak jamah makanan langsung, tapi kena makan something kalo tak, makin teruk sakit ni..then jamah sikit nasi dan makan ubat lagi..lepas tu muntah lagi..sampai lembik jadinya..hubby not around coz keje, so sorang2 tanggung sakit..sampai hubby balik tengok aku sakit lagi, kesian hubby, balik keje penat2 kene pulak urut aku..lepas urut dan makan ubat, Alhamdulillah, lega sikit..sampai tertidur, at about 2am, hubby kejutkan untuk solat Isyak..waktu tu sakit dah lega..syukur, alhamdulillah..
Monday, June 15, 2009
Ice skating di Ice Arena dan Masjid di Adelaide
Lorong ke Masjid di Little Gilbert Street
Pintu gerbang masjid
Jalan ke masjid yang dikelilingi rumah yang cute
Masjid ini dipercayai yang tertua didirikan secara kekal di Australia
Jalan ke Masjid
Ice Arena
Hari ahad lepas, kami berkesempatan meluangkan masa beriadah dan berjalan-jalan.. :)
Destinasi pertama kami adalah Ice Arena tapi kami tiba agak awal, jadi sambil menunggu tempat ni dibuka jam 12.30pm, kami ke city jalan2..sambil cari tempat nak solat zohor.. aku teringin nak ke masjid di city, so kami ke masjid Little Gilbert St yang mana dipercayai masjid yang tertua di Australia..tapi sayangnya,mungkin kami tiba awal, masjid masih belum dibuka..kami tunggu sehingga hampir waktu zohor, tapi nampak gaya macam masjid tak dibuka..agak janggal rasanya bila berada di depan masjid tapi segalanya dikunci..mungkin atas dasar keselamatan..aku kurang pasti, bila agaknya masjid ini dibuka, maka kami pun bergerak ke Uni Adelaide untuk ke surau di sana..
Dari city, kami bergerak balik ke Ice Arena yang mana menyediakan ice skating field.. pengalaman pertama ber ice skating..masa mula2 menjejakkan kaki di atas ice tu, rasa macam nak jatuh, nasib baik sempat berpaut pada dinding kalo tak alamat jadi nangka busuk la aku..:) sepanjang berskating, memang aku berjaya control supaya tak jatuh..hehe, berjaya akhirnya, tapi kesian kat hubby, jatuh sekali bedebukk..nasib baik tak sakit..pengalaman yang best dan menyihatkan, main ice skating pun boleh berpeluh..huhu
Lunch di Mekong Thai (Kanggaroo* paprik)
Chicken tom yam yang best
Paprik kanggaroo yang best jugak
Minggu lepas, kami berlapan (aku, hubby, kak husna, rozi, kak suzi, nadia, amirul dan isma) talah menyempurnakan hajat masing2 untuk pekena daging kanggaroo.. Mekong thai adalah restoran yang menyediakan masakan melayu dan thai (halal), so, kami bersemangat waja ke sana..
Interior restoran agak menarik dan terletak betul2 berhadapan dengan Holiday Inn Adelaide di city..kami bergerak dari uni lepas solat zohor..hampir2 terlepas bas, nasib baik pakcik bas berhentikan bas tu lepas rozi tahan tepi jalan..hehe, tahniah rozi..:)
So apabila membuat perbincangan, maka diputuskan, menu untuk lunch hari itu adalah chicken tomyam dan kanggaroo paprik..hehe, best best..:) Harga per person untuk tomyam adalah $7.50 dan untuk paprik adalah $16.50 sepinggan.. ok jugak la harganya..share 8 orang...sorang $10.10 je..:)
Lepas je menu sampai, masing2 begitu kusyuk menikmati santapan yang menyelerakan..maklumlah, perut pun dan bernyanyi, apa lagi, memang kitaorang pulun betul..:)
Alhamdulillah, dapat jugak aku dan kawan2 yang lain pekena daging kanggaroo ni, first time kami dapat rase..next time boleh rasa menu lain pulak kat mekong thai..
Thursday, June 11, 2009
Ronda-ronda sempena Queen's Birthday
Kilang coklat Melba
The Rocking Horse
Adelaide Hill Tourism Centre
Papan tanda Adelaide Hill
Ladang anggur yang dah kering
Whispering wall
Tempat nak cakap kat sini
Kawasan Barossa Dam
Barossa Dam
Mercu tanda
Last monday merupakan cuti umum di sini sempena Queen's Birthday..
maka dengan itu, dapat la aku berjalan dan meronda menenangkan sedikit fikiran.
So plan pada hari tu, kami bertiga, aku and husband and kawan baru dari Malaysia, faizul..
Faizul bukanlah pelajar di sini tapi bekerja dan sedang berusaha untuk mendapat taraf PR di sini.
Jadi, pemandu pelancong pada hari itu ialah faizul since tempat yang kami nak pergi tu, dia dah pernah lawat sebelum ni and additionally dia ade GPS dalam iphone dia, so senang sikit nak cari jalan..
Then pagi tu, as early as 7.30am, kami dah bertolak dari umah kami di Pasadena ke Elizabeth untuk amik faizul..jaraknya agak jauh, dalam 45 minit perjalanan..then kami ke destinasi pertama iaitu Whispering Wall.
Whispering wall adalah sebahagian dari kawasan tadahan air yang terletak di Barossa. Memang ceruk sangat tempat nih..awal pagi macam ni, masih belum ramai pengunjung, hanya ada 2 buah kereta termasuk kereta kami.. Sejarah pembinaan Barossa Dam ini bermula pada hujung tahun 1890an dan siap pada 1903. Tempat ini sanagt istimewa sebab pada waktu itu, jurutera yang terlibat dapat membina kawasan yang sebegini besar dan yang paling unik adalah whispering wall.. dinding yang menjadi benteng dam ini boleh digunakan sebagai alat telekomunikasi..anda hanya berlu berbisik tanpa perlu bercakap kuat dan ia dapat didengari dengan sangat jelas di sebelah hujung dam itu..best betul, kebetulan, masa aku sibuk amik gambo, ada sorang nenek tengah duduk kat the other side of the dam dan dia panggil aku untuk borak ngan dia menggunakan whispering wall tu..hehe, memang best..testing yang kedua ngan hubby pulak, one at this side and another one at the other side, bentuk wall tu melengkung, dan jarak antara kedua2 hujung wall tu dalam ratusan meter jugak..
Lokasi yang seterusnya adalah Adelaide Hill Business and Tourism Centre..tempat ini terletak di Lobethal (kawasan pekan kecil yang sangat cantik dan saujana mata memandang). Kami singgah disini sekejap dan jenguk-jenguk apa yang ada..rasa penduduk kat sini kebanyakannya bekerja sendiri dan involve dalam aktiviti pertanian..then kami bergerak ke lokasi seterusnya, sepanjang perjalanan, memang amat mengasyikkan, pemandangan yang hijau dan ditambanh dengan haiwan seperti ilama, biri-biri dan lembu yang cute2 tengah makan rumput kat kawasan padang yang luas..
Kemudian kami menuju ke destinasi kedua, Melba Chocolate yang terletak di Adelaide Hill. Kilang Melba ni menghasilkan coklat dan kebanyakan bahannya halal..so kami pun beli beberapa jenis coklat yang nampak macam best je..one of the coklat yang aku tak pernah rasa sebelum ini ialah biji kopi yang disalut dengan coklat..rasanya sedap sebab biji kopi tu sanagt rangup dan bila disalut coklat, rasanya blend together ngan coklat yang lemak berkrim tu...Dapat jugak tengok mesin2 traditional yang digunakan untuk menghasilkan coklat..
Lokasi seterusnya adalah kilang cheese yang terletak bersebelahan ngan kilang coklat tadi.. tapi cam tak best sangat pun.. cheese pun macam tak banyak pilihan..so, kami tak beli apa2 dari kilang cheese ni..:)
Tempat persinggahan kami yang terakhir ialah the Rocking Horse..tempat ini terletaknya biggest toy factory, mini zoo (adalah segala macam haiwan like kanggaroo dan lain-lain) dan rocking horse yang bagaklah besarnya..Lepas agak-agak puas lepak-lepak kat situ, kami pun bersiap untuk balik..puas betul berjalan hari tu..
Dapat jugak akhirnya makan petai
Hasilnya..panas lagi nih
menu for dinner
Jumlah petai dalam satu tin banyak ni ler
tadaaa...ni la petai tin tuu..
Aku memang penggemar makanan ala kampung ni..nak dijadikan cite, masa gi beli barang umah kat asian grocery, ternampak la pulak petai dalam tin..best ni.. apa lagi, malam tu jugak masak petai tu, buat sambal ikan bilis petai..nyum nyum..
menu for dinner, nasi goreng kampung, telur mata kerbau, salad dan sambal petai..
puas betul dapat pekena petai akhirnya..
Subscribe to:
Posts (Atom)