Wednesday, February 4, 2009

Sistem klinik di Adelaide

Sesuatu yang lain dari yang lain..sistem klinik yang dipraktikkan di sini, yang mana jika anda sakit atau perlu berjumpa dengan doktor perlu pastikan anda buat appointment dulu ngan klinik tu..pengalaman hantar husband ke klinik semalam, selepas 5 hari lebih awal buat appointment. Pelik jugak mula-mulanya..kawan aku kat Flinders ni kata, demam dia sampai sembuh baru dapat jumpa doktor cause kene buat appointment dulu..huhuhu

Dan satu lagi perkara yang tak dipraktikkan di Malaysia tapi dipraktikkan di sini adalah segala ubat-ubatan tidak dibekalkan oleh klinik yang mana kita mendapat rawatan sebaliknya doktor akan keluarkan prescription ubat dan bawa ke farmasi lain untuk beli ubatan tersebut..dah buat dua keje pulak..dah la kene buat appoinment dulu pastu kene pegi farmasi pulak nak dapatkan ubat-ubatan..pelik tapi benar..:)

Tapi yang bestnya pulak, doktor kat sini yang panggil nama kita untuk masuk ke bilik rawatan yang mana kalo kat Malaysia nurse biasanya yang akan panggil..hahaha.. doktor kene buat dua kerja plak..:)

Apapun, walau macammana pun sistem dia, sistem kat Malaysia lagi best dan ubat-ubat kat Malaysia tak semahal disini..Walaupun aku dan husband ada insurance kesihatan tapi bukan semuanya di cover. Kalo harga ubatan $32 lebih and below $50 per ubat baru insurance cover..kalo kurang dari jumlah itu, kena lah bayar sendiri. Kesimpulannya, kena jaga kesihatan sepanjang kat Adelaide ni kalo tak nak duit melayang banyak..Hargailah kesihatan anda

2 comments:

mlle said...

oh, i baru tahu macam mana sistem perubatan di sini... I heard other international students said it's very very expensive, memangpun expensive, kena cover sendiri pun ada...yeah we really need to take GOOD care of ourselves.

atieaster said...

memang mahal Ping.. so all of us really have to take good care of ourselves..

Post a Comment