Perkara-perkara berikut adalah paling tepat untuk menggambarkan diri aku.
1. Kurang arif berkenaan hal masak-memasak sebelum berumah tangga tetapi selepas berumah tangga aku berjaya menjadi tukang masak amatur di rumah..dan suami aku menggemari masakan aku terutamanya sup ayam, ayam masak merah dan ikan 3 rasa.
2. Gemar bermain chess especially ketika aku rasa stress. Mangsa lawan chess aku sekarang adalah komputer aku..aku tak punyai set chess sebenar sekarang, cuma gunakan game dalam komputer aku dan banyak kali jugak aku berjaya kalahkan komputer aku nih..huhu.
3. Suka pada tumbuh-tumbuhan dan berhajat untuk menanam bunga. Justeru aku membeli bunga dan pasu untuk meneruskan minat aku. Tapi sayangnya bunga tersebut mati ekoran cuaca panas melampau yang melanda Australia. huhu..
4. Suka pada kanak-kanak..hehe.. mungkin lepas ni rezeki aku untuk dapat baby.
5. Aku tak mewarisi mana2 iras wajah mak atau ayah aku..hehe, rupa aku lebih mirip kepada nenek sebelah mak selain fizikal juga yang hampir sama.
6. Aku sebenarnya malas baca buku..huhu.. tapi aku selalu paksa diri aku untuk baca buku..(jangan ikut perangai aku nih) sejak dari aku kecik sampai lah sekarang.. orang pun mungkin musykil macam mana aku boleh dapat Anugerah Naib Canselor dan Pelajar Terbaik Program masa konvokesyen aku dulu..semuanya rezeki dari Allah..Alhamdulillah.. mungkin ramai tak percaya kerana kerjaya aku tergolong dalam kelompok ahli akademik tapi itulah hakikatnya..huhu.. lepas ni aku harus ubah sikap aku ni..:)
7. Beza umur aku dah kakak aku cuma 11 bulan 15 hari.. tak cukup setahun pun.. tapi rupa kami, fizikal dan perangai kami cukup kontra..hahaha.. tapi yang uniknya suara kami sama..sampai kadang2 kalo dalam telefon, mak ayah pun tak boleh cam suara kami..unik kan..
8. Kerjaya idaman aku selalu berubah-ubah dari kecik..mula2 nak jadi accountant sebab pandai matematik, pastu nak jadi engineer sebab nampak macam best je topi engineer tu, then nak jadi lawyer pasal macam hebat je keluar masuk mahkamah, last-last dapat jadi ahli akademik..best jugak mengajar student universiti ni..
9. Aku berkahwin dengan cinta pertama aku..hehe.. masa sekolah-sekolah dulu memang aku bercita-cita nak kawin dengan lelaki pertama yang aku jatuh cinta..:) termakbul juga cita-cita aku nih.. aku tak pandai bercinta masa sekolah dulu dan kat universiti, walaupun ade yang cuba mengurat tapi aku tak berminat pun..hahaha.. lepas habis belajar dan di alam pekerjaan baru aku bertemu lelaki idaman yang aku percaya boleh jadi suami yang terbaik untuk aku.:)
10. Dulu memang bercita-cita sangat untuk belajar ke luar negara..dari sekolah lagi selalu aku cakap ngan mak aku nak belajar kat oversea. Aku suka sangat tengok salam perantauan kat dalam paper masa dekat nak raya tu..aku selalu berangan bila la aku nak letak muka aku pulak dalam paper ni..huhu..Pastu mak aku pun pesan "kalo nak belajar oversea, belajar la rajin-rajin" hehe, tapi aku ni memang malas belajar maka masa aku umur 25 tahun baru aku berjaya jejakkan kaki ke oversea ni untuk peringkat postgraduate..
Sunday, February 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
yeay!!!! ada geng bloggers baru...membuatkan blog hopping and reading more fun =p
kak husna dah bubuh link ke blog atie kat blog kak husna he..he.. =)
Post a Comment