Sunday, February 8, 2009

Ulangtahun Perkahwinan Pertama (8.2.2009)

Hari ini, 8/2/2009 merupakan hari ulang tahun perkahwinan aku yang pertama. Alhamdulillah, aku merasai nikmat perkahwinan bersama suami tercinta yang sangat membahagiakan..:) Setahun yang lalu aku bergelar isteri kepada seorang lelaki yang sangat istimewa. Punyai segala sifat dan ciri-ciri lelaki yang aku impikan selama ini. Sifat lemah lembut, penyayang, penyabar, kukuh pegangan agamanya dan air muka yang sangat menyejukkan hati aku sejak pertama kali aku lihat wajahnya..aku kira aku wanita paling bertuah kerana berjaya bertahkta dihatinya..:)

Aku sedar aku punyai banyak kekurangan tapi aku akan cuba untuk baiki segala kekurangan itu untuk jadi isteri yang lebih baik..bagi aku tiada apa yang lebih membahagiakan dari mendapat restu dan keampunan suami sepanjang masa..

Tentunya hadiah istimewa buat suami tersayang perlu aku sediakan. Sebelum ni aku memang betul2 tak sempat untuk cari hadiah yang sesuai. Mungkin petang ni atau esok aku pastikan aku hadiahkan sesuatu yang istimewa buat suami tersayang. Aku masih berkira-kira destinasi untuk kami meluangkan masa bersama..petang ni mungkin kami lepak2 kat pantai Brighton..

Aku bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat penyabar dan mendidik aku menjadi isteri dan wanita yang lebih baik..terima kasih sayang..aku sangat hargai segala pengorbanannya untuk melihat aku lebih bahagia disampingnya. Sedar tak sedar dah setahun aku bergelar isteri dan pada masa ini aku masih perlu belajar untuk menjadi isteri yang lebih baik buat suamiku..
InsyaAllah akan aku bahagiakannya sepanjang hidup aku..Moga Allah sentiasa memberkati hubungan kami dan moga sentiasa dimurahkan rezeki..dan dikurniakan zuriat soleh dan solehah..Amin

1 comments:

What's luv gotta do ? said...

Conratulations to Atie and Alimi =)

Post a Comment