Tiba-tiba aku rase seperti nak makan sushi buatan sendiri..memang seumur hidup aku tak pernah aku terfikir nak buat makanan pelik-pelik cam sushi ni..mulanya aku berhajat nak buat nasi kerabu, tapi bahan-bahan pulak tak cukup. Semalam pegi central market untuk cari bahan-bahan untuk nasi kerabu tapi tak mencukupi..memang aku boleh dikategorikan sebagai "hantu nasi kerabu"..hahaha..tapi setelah kecewa bahan tak mencukupi aku beralih kepada sesuatu yang lain pulak..pagi-pagi lagi dah message kak lin, tanye resepi sushi..huhuhu.. resepi dari kak lin memang best dan aku meneruskan rancangan aku keperingkat seterusnya..
Aku ke Foodland, supermarket yang terletak betul2 kat depan umah aku untuk mencari bahan-bahan sushi. Tapi hari ni hari ahad, Foodland bukak pukul 11am, jadi terpaksa lah aku menunggu dengan customer yang lain sementara nak tunggu pintu utama bukak. Adalah dalam 15 minit aku kene tunggu. Lepas pintu utama bukak maka berduyunlah orang masuk nak shopping barang2 umah masing-masing.
Aku melangkahkan kaki ke bahagian Asian yang menyediakan pelbagai bahan-bahan masakan dari negara-negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun dan sebagainya.
Aku lihat pada senarai bahan-bahan sushi seperti berikut:
Beras Jepun (lain dari pulut)
rice vinegar (cuka beras)
seaweed (macam rumpai laut tu)
gula
garam
inti ikut pilihan hati masing-masing (boleh guna tuna, timun,avocado, carrot, telur dan sebagainya)
wasabi
soy sauce (aku guna kicap cair biase je)
sushi bamboo (untuk gulung sushi)
Cara nak buat sushi ni sangat lah senang...masak beras dengan air, sukatan agak-agak jelah..
tambahkan sikit gula, garam dan rice vinegar (kena hati2 beli rice vinegar ni sebab ade sesetengahnye letak alkohol). Masak beras macam biasa.
Sementara masak beras tu, bolehlah siapkan bahan-bahan inti..aku buat 3 jenis shushi..
inti sardin dan sayur, inti telur dadar campur daun parsley dan inti sayur campur avocado..sedapkan..huhu
Lepas beras masak biar sejuk sekejap, lapikkan seaweed atas sushi bamboo dan letakkan nasi yang dah masak tuh, penyek-penyakkan atas seaweed tu, ratakan..pastu bolehlah letak inti kat tengah2nya dan gulun..huhu..senang kan..cubalah..anda pasti terpesona dengan hasilnya..(macam iklan pencuci muka plak) heheheh..pencicahnye pulak, soy sauce dan letakkan wasabi sebagai bahan pemedas dalam sauce tu..
Maka hidangan utama sempena Ulangtahun perkahwinan kami adalah Home made Sushi.
Sunday, February 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Best nyer! nampak sedap giler! I pun nak gi supermarket beli barang-barang ni, yeah!
Terima kasih for the recipe! ^o^
hehe..memang senang giler nak buat..u should try and i'm sure you n ang will like it very much..hehehe
Atieee !!! best nye buat sushi... nanti buat panggil kak husna plak ek... he..he..he..
(ceh..tak malu betul, suruh orang ajak plak...)
eii....cam best jer. nanti nak cuba gak ar!
Post a Comment