Thursday, July 23, 2009
Lawatan ke Parlimen South Australia
Ni la dia wakil rakyat kawasan tempat tinggal aku
Dalam dewan rakyat
Pintu masuk utama
Papan tanda la kot
Pandangan tepi parlimen
Semalam, aku ikut program anjuran jabatan aku di Flinders. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar international berkenaan sistem kerajaan di South Australia ni. Lawatan ke Parlimen South Australia yang terletak di city Adelaide. Seawal pagi kami perlu berkumpul di depan bangunan parlimen. Aku cam biasa, gi city naik bas ngan kak zatul.. bas punyalah padat tahap gaban, adui.. harap2 takde yang kene swine flu dalam bas tu..nasib baik aku ade seat coz masa naik dari umah, bas belum penuh lagi.
Setelah agak "menderita" di dalam bas, maka sampailah ke destinasi kami.. sampai2 posing2 dulu depan parlimen. :) Then, selepas semua student sampai, kami masuk melalui pintu utama..kawalan keselamatan cam biasa2 je..pastu siap boleh bawa kemera dalam dua dewan bersidang Senate dan House of Representative.
Yang bawa kami melawat kat dalam parlimen tu adalah ahli parlimen kawasan umah aku pulak tu..kira aku dah kenal la siapa wakil rakyat kawasan aku..orang dia mesra alam jugak, siap pesan, kalo ada ape2 masalah just call dia, dia boleh handle..wahwahwah, nak tarik undi ke..hehe, sori ler, i tak mengundi kat sini..
Yang paling best adalah peluang sekali seumur hidup dapat merasa duduk di kerusi senate dan wakil rakyat di kedua-dua dewan ni..bestnyer ku rasakan..orang Aussie kat sini pun belum tentu dapat peluang macam ni..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Best wishes for your future..
Lol
Post a Comment