Tuesday, March 10, 2009

PhD tanpa airmata

PhD without a tears..bila aku menerima e-mail dari seorang pelajar postgraduate di sini, aku seolah-olah tersedar dari mimpi yang panjang. Setiap orang yang melalui perjalanan bergelar pelajar PhD pastinya merasa putaran hidup sepanjang perjalanan bergelar pelajar PhD adalah ibarat roda. Emosi kadang-kadang boleh berada di tahap yang terendah dan kadang-kadang di tahap yang tinggi..memang aku akui, pada mulanya memang payah untuk aku sesuaikan diri terutamanya aku belajar di rantau orang, semuanya harus aku jelajahi. Setelah hampir 3 bulan bergelar pelajar di sini, aku sidikit sebanyak menyesuaikan diri dengan keadaan dan sistem pembelajaran di sini. Walaupun aku tidak diwajibkan mendaftar subjek sepanjang pengajian aku kerana aku menjalankan research tapi memikirkan ilmu yang akan menfaatkan aku, maka aku telah mendaftar 2 subject iaitu Research method dan Public policy. Kedua-dua subjek ini amat membantu aku sepanjang tempoh aku menjalankan thesis aku.

Berbalik kepada email yang aku terima itu, e-mail tersebut membuka mata dan pemikiran aku agar menjadi pelajar yang lebih berdisiplin dan mempunyai matlamat yang cukup jelas sepanjang tempoh pengajian.

Aku dijangka menamatkan pengajian aku dalam tempoh 4 tahun dan aku berharap agar Allah permudahkan aku sepanjang pengajian aku di sini. Sebelum menjejakkan kaki di sini, sering kedengaran di corong telinga aku bahawa menjadi pelajar PhD memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi. Seringkali aku disajikan dengan cerita-cerita berkenaan pengalaman sepanjang melalui tempoh pengajian yang kurang enak aku dengar. Tapi apabila berada dan merasai pengalaman sendiri, dapat aku simpulkan bahawa, pokok pangkal adalah diri kita. Jika kita mempunyai matlamat dan disiplin yang tinggi, aku percaya bahawa segalanya akan menjadi lebih teratur dan mudah. Aku panjatkan doa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan aku di sini dan semoga Allah jauhkan dari segala masalah dan bala..amin

1 comments:

mlle said...

Ya...sebagai pelajar PhD di rantau orang, memang perlu banayak pengorbanan. aku pun rindu giler kat family i, terutamanya mak jugak. terindu jugak kat granda grandma kat Kuching... tak berkesempatan jenguk grandparents sebelum i berangkat ke Oz... rindu giler kat family :)

Post a Comment