1. Aku sangat rindukan mak, ayah dan keluarga tersayang. Mujur suami tercinta ada di sisi memberi sokongan dan dorongan. Pada satu tahap, aku menangis dek kerana terlalu rindukan keluarga terutamanya mak.Hanya telefon dan e-mail menjadi penghubung kasih antara aku dan keluarga.
2. Aku rindukan masakan mak aku..Bila terkenangkan nasi kerabu, ikan pari masak asam pedas, masak lemak cili padi ikan keli salai dan sambal goreng jawa buatan mak aku, memang tak boleh tahan.. kecur air liur rasenya..rase macam nak balik Malaysia sekarang jugak.
3. Aku rindukan pasar malam kat Taman Melati dan Bangi. Kat Adelaide ni mana ade pasar malam..Kedai-kedai pun pukul 5 dah tutup..tak best betul la..
4. Aku rindukan kereta Atos. Kereta tersebut adalah kereta pertama aku selepas bekerja di UKM. Kiut kan keta tu..huhu. Selalu aku jalan-jalan ngan hubby aku ngan kereta comel tu..walaupun hubby ada kereta sendiri tapi kalau keluar jalan-jalan selalu naik kereta Atos yang comel tu.. Sekarang kereta tersebut di bawah jagaan mak aku..:)dan pemilik barunya juga mak aku..hehe..comel lah kereta mak.
5. Aku rindukan adik-adik dan kakak aku..aku cuma ada 2 orang adik dan kedua-duanya lelaki. Tapi yang sering aku teringat ialah adik bongsu aku, Daniel. Sekarang belajar di sekolah sukan. Dah besar dah dia..dulu ingat lagi masa dia kecik2, rasanya sekejap je dah besar.Angah rindu sangat kat Neil. Adik bujang aku yang sorang lagi tu memang sentiasa dalam fikiran aku..sem ni merupakan semester terakhirnya dalam bidang Art n Design kat UiTM. Kreatif sungguh adik aku yang sorang ni..Yang ni memang manja ngan aku dan sangat mendengar kata kakak nyer ini..:)baik adik aku nih.Aku rindukan saat-saat bersama kakak aku. Aku hanya ada seorang kak je, jadi hubungan kami sangatlah erat..dulu selalu keluar gi jalan-jalan, shopping-shopping ngan akak. Akak selalu jadi rujukan aku dalam banyak perkara..Really miss u sis..:)
6. Aku rindukan rumah sewa yang pertama aku dan hubby sewa selepas berumah tangga. Rumah tersebut terletak di Bangi. hehe, dekat je ngan UKM. Tapi hubby nak pergi keje jauh la sikit. tapi takde lah jauh sangat. Putrajaya je..:) Banyak kenangan manis kami di rumah sewa itu.
7. Aku rindukan suasana hidup di Malaysia..memang belajar di tempat orang memberi aku peluang dan pengalaman yang tak ternilai tapi aku begitu merasai yang "I'm not belong here". walaupun hujan batu di negara sendiri, lebih baiklah di negara sendiri. Walaupun Australia ni keluar hujan emas pun, hati aku tetap pada Malaysia.
8. Aku rindukan atuk aku..masa aku nak bertolak ke Australia dulu, atuk dalam keadaan uzur..hati aku bertambah sayu bila atuk menitiskan air mata tika aku mohon ampun darinya. Mencurah2 air mata aku jatuh bila tengok atuk aku menangis. Moga atuk diberikan kesihatan yang baik..amin
9. Aku rindukan suasana celoteh mak aku. Mak aku merupakan motivator yang terbaik untuk aku. Mak memang selalu menjadi rujukan aku sejak dulu sampai sekarang. Kata-kata dari mak aku selalu menenangkan aku. Ayah pula agak pendiam tapi kadang kala ayah buat lawak dalam rumah, gamat jadinya rumah kami..rindu sangat mak ayah..
10. Aku rindukan saat-saat hang out ngan kengkawan aku. Sekarang kebanyakannya sudah berumah tangga dan mempunyai kerjaya masing-masing. Tapi aku rindukan zaman-zaman belajar dulu, hang out sama-sama, tunggu bas sama-sama, pergi dining sama-sama..oohhh, I miss them a lot..
Tuesday, March 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
waaa! sedeynye baca post ni tp betul laaa... i pun rindu semua benda tu gak. sbb tu skang dah ada plan nk balik hujung thn ni. sdgkan br duduk sini 3 bulan kan? huhu.
hi,
tersinggah blog ni..
sonok baca pengalaman awak di aussie :)
truskan semangat abiskan blaja ok.
take care
salam perkenalan
hi, salam perkenalan buat high n low..
rasa sedeh x terucap... bila la lg kita nak kumpul sama... ko..aku..mar..lin
Post a Comment