Monday, February 23, 2009

20-21/2/09 ( Orientation Session for International Students)

Dua hari aku attend orientation session yang di jalankan dibawah ISSU Flinders. Best jugak la join program macam ni, selain dapat kenalan baru, dapat info berkenaan perkara yang aku tak tahu sebelum ini. Secara puratanya, Malaysian students memang tak ramai pun kat Flinders ni, nasib baik kak husna (PhD student from Malaysia) temankan aku join orientation ni for the first day. Tapi second day kak husna tak dapat join, so aku pun dengan selambanya duduk kat dalam lecture hall tu. Then, aku kenal few students dari mcm2 negara, from Japan, Singapore, China, German, Maldives and many more. Okey jugak la, almost the end of the program, aku jumpa few Malaysian girls yang buat undergrad kat sini..huhu..at last jumpa jugak orang sama negara..tapi tak cakap Melayu pun, cakap omputih jugak..sebab they all are Chinese but it's good for me coz almost half of the day, aku speaking omputih je..

Salah satu program yang best dan aku tunggu2 ialah cabutan bertuah..hadiah nyer best beb..
hadiah memang banyak, antaranya voucher beli buku berharga AUD 200, AUD 50, voucher shopping bernilai AUD 50, AUD 30, dan yang paling best ialah hadiah pakej percutian ke Alice Spring yang semuanya ditaja,tapi aku tak dapat satu pun dari cabutan tu..huhuhu

Bercakap mengenai makanan pula, pihak ISSU sedia maklum mengenai beberapa pelajar Muslim maka makanan yang disediakan adalah halal..kecuali pizza dominos perisa selain dari vege..masa tengah break, aku pun amik la pizza vege then one mat saleh from U.S tegur aku "Are u vegetarian?" aku pun jawablah dengan nada selamba dengan harapan dia tak de soalan seterusnya, "No, I'm not vagetarian but I have to take halal food only". then omputih ni jawab dengan muka blur je.."what???" then aku tanye "do u know what is halal food??". Rupanye mat saleh ni tak tau langsung pasal makanan halal. Then aku pun explain kat dia..walaupun aku dah explain, muka dia tetap blur..aku pun malas nak layan dia lagi, over2 pulak interview aku..huhu

Acara kemuncak adalah BBQ lunch..ni yang aku tunggu2, first time aku nak rase Aussie BBQ style. Macam2 was served. Aku and sorang lagi kenalan Muslim dari Maldives amik makanan yang disediakan..sedap jugak tapi memang tak boleh lawan BBQ Malaysian style. Aussie BBQ ni macam kurang taste je..tapi oleh kerana lapar aku pulun je..hahaha

Selepas lunch, maka berakhirlah program orientation selama 2 hari..Selama program berlangsung, sedikit sebanyak info yang aku perolehi memang sangat berguna untuk aku selama menuntut ilmu di negara orang ni..:)

Saturday, February 14, 2009

14 Feb is not a Valentine's Day but my Hubby's Birthday

Hari ni genap umur hubby aku 26 tahun..huhu..
semoga dengan peningkatan umur makin bertambah lah ilmu dan dimurahkan rezeki oleh Allah..

Hadiah aku belum beli lagi..hehe, kesian hubby, setiap tahun mesti ada hadiah yang aku sediakan tapi tahun ni lewat sikit dapat hadiah ..semuanya gara-gara aku yang terlalu sibuk menyiapkan research proposal aku sampaikan tak keluar rumah..tapi takpa, hari ni jugak akan aku jalankan misi ke city adelaide untuk cari something special for my hubby..sambil dating sekali.huhu..kat city mesti ramai orang hari ni, maklumlah valentine's day, omputih kat sini obses betul dengan valentine's ni..jangan kan kata orang putih, orang melayu kat Malaysia pun tanpa segan silu menyambut hari valentines ni tanpa menyedari hari ini ade kaitan rapat dengan agama kristian..

Aku masih berpikir nak beli hadiah ape ek???pening jugak nak cari hadiah ni.. maybe pegi city naik bas, malas nak bawa kete, parking mahal sangat kak ooii..
Kat sini memang berkira sangat kalo nak letak keta..contohnya kat university aku tu, beli permit parking untuk setahun $121 AUD.. memang tak masuk akal betul la..kat ukm dulu, beli sticker kete pun baru berapa ringgit je untuk setahun. Mungkin diaorang ni nak galakkan naik kenderaan awam.

Happy Birthday abang..semoga sentiasa dibawah lindungan Allah, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik hendaknya..:)

Sunday, February 8, 2009

10 perkara yang menggambarkan diri aku

Perkara-perkara berikut adalah paling tepat untuk menggambarkan diri aku.

1. Kurang arif berkenaan hal masak-memasak sebelum berumah tangga tetapi selepas berumah tangga aku berjaya menjadi tukang masak amatur di rumah..dan suami aku menggemari masakan aku terutamanya sup ayam, ayam masak merah dan ikan 3 rasa.

2. Gemar bermain chess especially ketika aku rasa stress. Mangsa lawan chess aku sekarang adalah komputer aku..aku tak punyai set chess sebenar sekarang, cuma gunakan game dalam komputer aku dan banyak kali jugak aku berjaya kalahkan komputer aku nih..huhu.

3. Suka pada tumbuh-tumbuhan dan berhajat untuk menanam bunga. Justeru aku membeli bunga dan pasu untuk meneruskan minat aku. Tapi sayangnya bunga tersebut mati ekoran cuaca panas melampau yang melanda Australia. huhu..

4. Suka pada kanak-kanak..hehe.. mungkin lepas ni rezeki aku untuk dapat baby.

5. Aku tak mewarisi mana2 iras wajah mak atau ayah aku..hehe, rupa aku lebih mirip kepada nenek sebelah mak selain fizikal juga yang hampir sama.

6. Aku sebenarnya malas baca buku..huhu.. tapi aku selalu paksa diri aku untuk baca buku..(jangan ikut perangai aku nih) sejak dari aku kecik sampai lah sekarang.. orang pun mungkin musykil macam mana aku boleh dapat Anugerah Naib Canselor dan Pelajar Terbaik Program masa konvokesyen aku dulu..semuanya rezeki dari Allah..Alhamdulillah.. mungkin ramai tak percaya kerana kerjaya aku tergolong dalam kelompok ahli akademik tapi itulah hakikatnya..huhu.. lepas ni aku harus ubah sikap aku ni..:)

7. Beza umur aku dah kakak aku cuma 11 bulan 15 hari.. tak cukup setahun pun.. tapi rupa kami, fizikal dan perangai kami cukup kontra..hahaha.. tapi yang uniknya suara kami sama..sampai kadang2 kalo dalam telefon, mak ayah pun tak boleh cam suara kami..unik kan..

8. Kerjaya idaman aku selalu berubah-ubah dari kecik..mula2 nak jadi accountant sebab pandai matematik, pastu nak jadi engineer sebab nampak macam best je topi engineer tu, then nak jadi lawyer pasal macam hebat je keluar masuk mahkamah, last-last dapat jadi ahli akademik..best jugak mengajar student universiti ni..

9. Aku berkahwin dengan cinta pertama aku..hehe.. masa sekolah-sekolah dulu memang aku bercita-cita nak kawin dengan lelaki pertama yang aku jatuh cinta..:) termakbul juga cita-cita aku nih.. aku tak pandai bercinta masa sekolah dulu dan kat universiti, walaupun ade yang cuba mengurat tapi aku tak berminat pun..hahaha.. lepas habis belajar dan di alam pekerjaan baru aku bertemu lelaki idaman yang aku percaya boleh jadi suami yang terbaik untuk aku.:)

10. Dulu memang bercita-cita sangat untuk belajar ke luar negara..dari sekolah lagi selalu aku cakap ngan mak aku nak belajar kat oversea. Aku suka sangat tengok salam perantauan kat dalam paper masa dekat nak raya tu..aku selalu berangan bila la aku nak letak muka aku pulak dalam paper ni..huhu..Pastu mak aku pun pesan "kalo nak belajar oversea, belajar la rajin-rajin" hehe, tapi aku ni memang malas belajar maka masa aku umur 25 tahun baru aku berjaya jejakkan kaki ke oversea ni untuk peringkat postgraduate..

Hidangan sushi di hari ulangtahun perkahwinan

Tiba-tiba aku rase seperti nak makan sushi buatan sendiri..memang seumur hidup aku tak pernah aku terfikir nak buat makanan pelik-pelik cam sushi ni..mulanya aku berhajat nak buat nasi kerabu, tapi bahan-bahan pulak tak cukup. Semalam pegi central market untuk cari bahan-bahan untuk nasi kerabu tapi tak mencukupi..memang aku boleh dikategorikan sebagai "hantu nasi kerabu"..hahaha..tapi setelah kecewa bahan tak mencukupi aku beralih kepada sesuatu yang lain pulak..pagi-pagi lagi dah message kak lin, tanye resepi sushi..huhuhu.. resepi dari kak lin memang best dan aku meneruskan rancangan aku keperingkat seterusnya..


Aku ke Foodland, supermarket yang terletak betul2 kat depan umah aku untuk mencari bahan-bahan sushi. Tapi hari ni hari ahad, Foodland bukak pukul 11am, jadi terpaksa lah aku menunggu dengan customer yang lain sementara nak tunggu pintu utama bukak. Adalah dalam 15 minit aku kene tunggu. Lepas pintu utama bukak maka berduyunlah orang masuk nak shopping barang2 umah masing-masing.


Aku melangkahkan kaki ke bahagian Asian yang menyediakan pelbagai bahan-bahan masakan dari negara-negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun dan sebagainya.
Aku lihat pada senarai bahan-bahan sushi seperti berikut:


Beras Jepun (lain dari pulut)
rice vinegar (cuka beras)
seaweed (macam rumpai laut tu)
gula
garam
inti ikut pilihan hati masing-masing (boleh guna tuna, timun,avocado, carrot, telur dan sebagainya)
wasabi
soy sauce (aku guna kicap cair biase je)
sushi bamboo (untuk gulung sushi)


Cara nak buat sushi ni sangat lah senang...masak beras dengan air, sukatan agak-agak jelah..
tambahkan sikit gula, garam dan rice vinegar (kena hati2 beli rice vinegar ni sebab ade sesetengahnye letak alkohol). Masak beras macam biasa.


Sementara masak beras tu, bolehlah siapkan bahan-bahan inti..aku buat 3 jenis shushi..
inti sardin dan sayur, inti telur dadar campur daun parsley dan inti sayur campur avocado..sedapkan..huhu


Lepas beras masak biar sejuk sekejap, lapikkan seaweed atas sushi bamboo dan letakkan nasi yang dah masak tuh, penyek-penyakkan atas seaweed tu, ratakan..pastu bolehlah letak inti kat tengah2nya dan gulun..huhu..senang kan..cubalah..anda pasti terpesona dengan hasilnya..(macam iklan pencuci muka plak) heheheh..pencicahnye pulak, soy sauce dan letakkan wasabi sebagai bahan pemedas dalam sauce tu..


Maka hidangan utama sempena Ulangtahun perkahwinan kami adalah Home made Sushi.












Ulangtahun Perkahwinan Pertama (8.2.2009)

Hari ini, 8/2/2009 merupakan hari ulang tahun perkahwinan aku yang pertama. Alhamdulillah, aku merasai nikmat perkahwinan bersama suami tercinta yang sangat membahagiakan..:) Setahun yang lalu aku bergelar isteri kepada seorang lelaki yang sangat istimewa. Punyai segala sifat dan ciri-ciri lelaki yang aku impikan selama ini. Sifat lemah lembut, penyayang, penyabar, kukuh pegangan agamanya dan air muka yang sangat menyejukkan hati aku sejak pertama kali aku lihat wajahnya..aku kira aku wanita paling bertuah kerana berjaya bertahkta dihatinya..:)

Aku sedar aku punyai banyak kekurangan tapi aku akan cuba untuk baiki segala kekurangan itu untuk jadi isteri yang lebih baik..bagi aku tiada apa yang lebih membahagiakan dari mendapat restu dan keampunan suami sepanjang masa..

Tentunya hadiah istimewa buat suami tersayang perlu aku sediakan. Sebelum ni aku memang betul2 tak sempat untuk cari hadiah yang sesuai. Mungkin petang ni atau esok aku pastikan aku hadiahkan sesuatu yang istimewa buat suami tersayang. Aku masih berkira-kira destinasi untuk kami meluangkan masa bersama..petang ni mungkin kami lepak2 kat pantai Brighton..

Aku bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat penyabar dan mendidik aku menjadi isteri dan wanita yang lebih baik..terima kasih sayang..aku sangat hargai segala pengorbanannya untuk melihat aku lebih bahagia disampingnya. Sedar tak sedar dah setahun aku bergelar isteri dan pada masa ini aku masih perlu belajar untuk menjadi isteri yang lebih baik buat suamiku..
InsyaAllah akan aku bahagiakannya sepanjang hidup aku..Moga Allah sentiasa memberkati hubungan kami dan moga sentiasa dimurahkan rezeki..dan dikurniakan zuriat soleh dan solehah..Amin

Wednesday, February 4, 2009

Car wash

This morning, I asked my husband to car wash centre where it takes about 10 minutes from our place. At our living place, people can't wash their car at home. They need to wash their car at car wash centre and have to pay $1 per 1 minute and 45 seconds. If u wish to wash more, just add the coins inside the machine.

At first its strange for me and hubby. We just looked at the people around us on how the machine function. Never experience it before..hahaha..then, luckily we saw an old man who we guess is the assistant at that centre. Asked him on how to use the machine. He showed us and I can't believe it..it's so easy and simple to use..

We put coins inside the machine and suddenly water coming out from the host..waahh... it's so cool man..hahaha.. we started our mission to clean the car.. I'm the one who enjoyed it so much.. after this, washing car would be listed in my favourite xtvt..

Sistem klinik di Adelaide

Sesuatu yang lain dari yang lain..sistem klinik yang dipraktikkan di sini, yang mana jika anda sakit atau perlu berjumpa dengan doktor perlu pastikan anda buat appointment dulu ngan klinik tu..pengalaman hantar husband ke klinik semalam, selepas 5 hari lebih awal buat appointment. Pelik jugak mula-mulanya..kawan aku kat Flinders ni kata, demam dia sampai sembuh baru dapat jumpa doktor cause kene buat appointment dulu..huhuhu

Dan satu lagi perkara yang tak dipraktikkan di Malaysia tapi dipraktikkan di sini adalah segala ubat-ubatan tidak dibekalkan oleh klinik yang mana kita mendapat rawatan sebaliknya doktor akan keluarkan prescription ubat dan bawa ke farmasi lain untuk beli ubatan tersebut..dah buat dua keje pulak..dah la kene buat appoinment dulu pastu kene pegi farmasi pulak nak dapatkan ubat-ubatan..pelik tapi benar..:)

Tapi yang bestnya pulak, doktor kat sini yang panggil nama kita untuk masuk ke bilik rawatan yang mana kalo kat Malaysia nurse biasanya yang akan panggil..hahaha.. doktor kene buat dua kerja plak..:)

Apapun, walau macammana pun sistem dia, sistem kat Malaysia lagi best dan ubat-ubat kat Malaysia tak semahal disini..Walaupun aku dan husband ada insurance kesihatan tapi bukan semuanya di cover. Kalo harga ubatan $32 lebih and below $50 per ubat baru insurance cover..kalo kurang dari jumlah itu, kena lah bayar sendiri. Kesimpulannya, kena jaga kesihatan sepanjang kat Adelaide ni kalo tak nak duit melayang banyak..Hargailah kesihatan anda

Tuesday, February 3, 2009

Research proposal yang belum siap..

Due date untuk hantar research proposal aku 13/2 nih..aku still mencari-cari idea yang sesuai aku letakkan dalam proposal aku.. Sementelah aku menukar tajuk thesis aku, terpaksalah aku start from the beginning..looking for the most suitable references that related to my studies.

Dah la library kat uni aku tu kekurangan buku related to area thesis aku..library bapaklah besar tapi buku pasal kajian aku tak sampai 15 kot..aku pun tak pasti..kene explore lagik library nih..
most the the references memang terpaksa guna electronic sources like online journal.. luckily supervisor aku menyumbangkan beberapa bahan untuk tatapan aku masa buat proposal ni..

kajian berkenaan e-government memang banyak dan terperinci dijalankan di U.S. Dan nasib baik articles yang supervisor bagi pinjam tuh banyak buka minda aku tentang perlaksanaannya and the processes as well.

Pikir punya pikir membuatkan aku kengkadang tertidur sambil peluk article2 tu..punyalah perah otak nak cari idea..huhu..meja study pun dah tak terurus..dengan buku n pelbagai barangan lain..:) tapi aku rase proses ni normal untuk those yang involve dalam research ni..aku boleh ibaratkan diri aku baru nak start enjin kereta..baru nak warming up..but it's ok..walaupun payah aku kene tempuh jugak untuk sebuah PhD