Adelaide city
Sebelum menjejak kaki kat bumi asing Australia ini, berbagai-bagai perasaan menjelma..kejap-kejap rasa seronok, kejep-kejap rasa sedih, kejap-kejap rasa teruja.dan macam-macam lagi perasaan yang menjelma.. Tapi bila menjejakkan kaki di sini, tersingkap segala perasaan. Hidup di perantauan membuatkan aku matang dalam berfikir dan membuat keputusan.:) Keluar dari kepompong, itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan ketika ini. Bagi aku it's a good start to learn and experience different culture. Kadang-kadang menjelma jugak perasaan rindu pada Malaysia, keluarga, Malaysian food especially mom's cooking, it's da best it da world..:)
Banyak yang aku belajar sejak sampai sini, belajar masak (maklumlah makanan halal tak banyak yang available) so, it's good for me to sharpen my cooking skill. Setiap bahan makanan yang aku beli, memang kena semak senarai bahan yang digunakan. So, you have to be very details to buy something. Even kalau nak beli kasut pun kena hati-hati sebab kat sini memang banyak kasut yang diperbuat dari kulit babi. Bukan saja kasut, banyak lagi produk yang bersifatkan kulit banyak diperbuat dari kulit babi. Kebanyakan barang-barang kat sini boleh diibaratkan 90% imported dari China. Termasuklah barangan cenderahati yang banyak dijual majoritinya produk China. Tak banyak yang boleh dibanggakan dengan Australia ni. Tapi one good thing yang aku belajar dari sikap orang Aussie ni ialah mereka sangat berpegang pada kata-kata mereka. Pendek kata, mereka pegang pada janji mereka. That's a good attitude yang aku boleh lihat dikalangan orang Aussie ni.
Satu lagi skill yang tak pernah aku experience kat Malaysia ialah menangkap ketam atau crabbing. Selama kat Malaysia tak pernah sekali habuk pun tangkap apa-apa kat laut. Malaysian group kat sini jadikan aktiviti crabbing as a relaxing activity untuk menghilangkan tension belajar. Bagus juga method ni. Sambil-sambil tangkap ketam boleh jugak mengeratkan silaturrahim di kalangan Malaysian di sini.
Dari mata kasar, aku lihat Malaysia lebih baik dari banyak segi, tapi dari segi sivik, orang Aussie memang lebih baik, tak dapat dinafikan. Walau apa pun, hati aku tetap pada Malaysia, walau sebaik manapun hidup di rantau orang, Malaysia tetap di hatiku.
Adelaide city
Mat despatch Aussie
0 comments:
Post a Comment