Sedar tak sedar dah lebih sebulan aku kat bumi asing Australia. Selama aku kat sini, memang pelbagai pengalaman yang aku lalui. Setiap hari aku belajar benda baru. Setiap hari yang aku lalui, aku berdoa pada Allah moga dijauhkan dari segala bala dan kesusahan. Memang aku setuju kata pepatah, "hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri". Pengalaman, suka duka sepanjang perjalanan selama 4 tahun di perantauan akan aku jadikan azimat berharga dalam hidup ini. Insan tercinta sentiasa menyokong aku dalam segalanya. Aku bersyukur atas segala rezeki dari Allah yang memberi aku peluang untuk menuntut ilmu di Australia ini. Alhamdulillah..Mak, ayah dan keluarga tercinta selalu aku kenang menjadi azimat berharga dalam melalui kembara ini...Kerana kembara aku kerana ILMU.
Laluan ke Fakulti
Car park near Faculty
Registry bulding
Laman sebelum sampai ke Fakulti
Monday, January 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment